Dah tengok banyak resepi kek buah tapi tak konfiden nak buat?
Jom tengok resepi kek buah oleh MieZa Samian. Semuanya masak atas kuali dulu sebelum pindahkan dalam bekas untuk kukus.
Bahan-bahan:
- 350g mix fruits
- 250g butter/merjerin
- 60g air panas
- 300g gula
- 350g tepung gandum **
- 1 sudu kecil cream of tartar **
- 1 sudu kecil baking powder **
- 2 sudu kecil soda bicarbonat **
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kcik esen vanila
- 1 sudu mkn oren sunquick
Cara-cara:
1. Masak Gula Sampai Perang
Mula-mula masak gula sampai jadi perang (untuk buat gula hangus). Tapi hati-hati jangan sampai hangit nanti pahit pulak rasa dia.
2. Masukkan Butter / Marjerin
Kemudian masukkan butter / marjerin. Kacau. Lepastu masukkan air panas. Kacau.
3. Masukkan Esen Vanila & Oren Sunquick
Masukkan esen vanila dan oren sunquick. Kacau.
4. Masukkan Mix Fruits
Masukkan mix fruits.
Mase ni kacau dalam 2 minit je.
Kecilkan api ye mase ni sebab kita tak nak buah ni terlebih masak / overcooked.
5. Masukkan Tepung
Ayak awal-awal tepung, soda bicarbonate, baking powder dan cream of tartar (semua bahan yang bertanda ** di atas).
Lepas tu masukkan bahan ni dalam adunan dekat kuali tadi.
Masa ni dah boleh tutup api ya. Tak payah tunggu sejuk boleh terus bubuh tepung dan semua bahan ayak tu. Kacau sebati.
Biarkan kejap.
6. Masukkan Telur
Pukul telur dalam bekas berasingan sampai kembang gebu macam dalam gambar di bawah ni.
Lepas tu curah ke dalam adunan dekat kuali tadi.
Kacau sebati.
Macam ni rupanya bila dah gaulkan semua bahan tadi. Ingat, lepas bubuh tepung tadi dah tutup api ya.
Ok dah siap untuk dikukus.
7. Kukus
Sekarang dah boleh masukkan dalam bekas untuk dikukus.
Sapu marjerin dulu dekat bekas ye sebelum tuang adunan. Saya buat untuk setiap bekas 1 kg.
SIAP!
Ok dah siap, jom tengok hasilnya.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun