Dah tengok banyak resepi kek buah tapi tak konfiden nak buat?

Jom tengok resepi kek buah oleh MieZa Samian. Semuanya masak atas kuali dulu sebelum pindahkan dalam bekas untuk kukus.

Bahan-bahan:

  • 350g mix fruits
  • 250g butter/merjerin
  • 60g air panas
  • 300g gula
  • 350g tepung gandum **
  • 1 sudu kecil cream of tartar **
  • 1 sudu kecil baking powder **
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat **
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kcik esen vanila
  • 1 sudu mkn oren sunquick

Cara-cara:

1.   Masak Gula Sampai Perang

Mula-mula masak gula sampai jadi perang (untuk buat gula hangus). Tapi hati-hati jangan sampai hangit nanti pahit pulak rasa dia.

2.   Masukkan Butter / Marjerin

Kemudian masukkan butter / marjerin. Kacau. Lepastu masukkan air panas. Kacau.

Resepi kek buah kukus

3.   Masukkan Esen Vanila & Oren Sunquick

Masukkan esen vanila dan oren sunquick. Kacau.

4.   Masukkan Mix Fruits

Masukkan mix fruits.

Resepi kek buah kukus

Mase ni kacau dalam 2 minit je.

Kecilkan api ye mase ni sebab kita tak nak buah ni terlebih masak / overcooked.

Resepi kek buah kukus

5.   Masukkan Tepung

Ayak awal-awal tepung, soda bicarbonate, baking powder dan cream of tartar (semua bahan yang bertanda ** di atas).

Lepas tu masukkan bahan ni dalam adunan dekat kuali tadi.

Masa ni dah boleh tutup api ya. Tak payah tunggu sejuk boleh terus bubuh tepung dan semua bahan ayak tu. Kacau sebati.

Biarkan kejap.

6.   Masukkan Telur

Pukul telur dalam bekas berasingan sampai kembang gebu macam dalam gambar di bawah ni.

Lepas tu curah ke dalam adunan dekat kuali tadi.

Kacau sebati.

Resepi kek buah kukus

Macam ni rupanya bila dah gaulkan semua bahan tadi. Ingat, lepas bubuh tepung tadi dah tutup api ya.

Ok dah siap untuk dikukus.

7.   Kukus

Sekarang dah boleh masukkan dalam bekas untuk dikukus.

Resepi kek buah kukus

Sapu marjerin dulu dekat bekas ye sebelum tuang adunan. Saya buat untuk setiap bekas 1 kg.

Begini rupanya yang dah sedia untuk dikukus.
Seeloknya kukus lagi lama lagi bagus dalam 4-5 jam.

SIAP!

Ok dah siap, jom tengok hasilnya.

Berat selepas dikukus.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun