Memang sedap makan roti nan. Tapi nak mencarinya satu hal jugak…

Tak banyak kedai yang ada jual. Kadang tu rasa tak kena dengan tekak kita.

Jadi, jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni.

Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya!

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
  • 1¼  cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)

Cara-cara:

  1. Adun semua bahan menjadi doh
    Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.
  2. Rehatkan doh 30 minit
    Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik hingga 2 kali ganda.
resepi roti nan
  1. Keluarkan angin & canai
    Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin. Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu. Lepas tu canaikan.
resepi roti nan
  1. Bubuh cheese / garlic
    Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh. Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula. Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.
    *Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.
  2. Masak

Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan.

Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu.

Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.

Siap!

Mudah kan?

Macam nilah kejadiannya bila dah siap. Tengok dalam dia, memang gebu habis!

Lepas ni bolehlah cuba buat roti nan sendiri dekat rumah.

Lagi jimat, sedap, segar dan boleh makan puas-puas.

Rugi tak cuba tau.

Sumber: FB Puan Fatihah Hamid 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 34 cawangan seluruh Malaysia. so jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI! 

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun