Yang suka makan kerang mesti tahu dah kan cara nak cuci kerang sampai betul-betul bersih. Tapi kalau yang sekali sekala je tu macam sis Yana ni memang terkial jugak lah nak gonyoh sampai kulit dia bersih.
Sebenarnya kan kalau korang nak tahu ada cara lagi mudah nak bersihkan kerang selain daripada gaul dan bilas beberapa kali dalam besen berisi air.
Jom sis kongsikan caranya:
- Tumbuk kasar serai atau bawang putih, rendam dengan air yang nisbahnya sama banyak dengan kerang. Gaul dan biarkan selama 10 minit. Nanti bila ditos, korang akan nampak perbezaannya berbanding korang buat dengan air je.
- Gaul kerang dengan daun ubi, daun betik atau daun pisang.
- Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan dalam sejam. Korang akan nampak kulit kerang tu jadi putih bersih. Guna hampas kelapa, kerang pun akan jadi lebih sedap tau.
- Rendam kerang dengan air beras, asam keping atau serbuk kunyit. Biarkan dalam 30 minit lepas tu korang basuh macam biasa. Memang senang.
- Rendam dengan air limau nipis dan basuhkan dengan hampas kelapa.
Selain daripada 5 tips dekat atas, sis Yana guna berus tau untuk berus kerang. Boleh guna berus plastik atau berus sabut yang memang korang beli khas untuk cuci kerang tau. Jangan pulak guna berus basuh baju korang tu. Kotor!
Caranya letak kerang dalam bekas berisi air, rendam kejap. Lepas tu sis berus kerang macam cara gaul tadi. Buat dalam 5 minit dan taraaa!! Kerang pun dah bersih. Mudah kan?
Bila dah bersih, bolehlah rebus dengan air yang berisi serai, bawang putih dan halia yang dah ditumbuk kasar bersama sedikit garam. Nak pedas tambah sikit cili api. Aroma dia memang pergh!! Kalau makan macam tu pun sedap. Sis suka betul.
Jangan lupa cuba tau.