Cili Kering Mana Yang Sedap Untuk Dibuat Masak?

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu cili kering juga mempunyai pelbagai jenis mengikut tahap kepedasan.

Perbezaan yang dapat dilihat dari segi bentuk dan saiz cili tersebut supaya anda tahu jenis yang manakah menepati citarasa uols. 

Berikut 4 perbezaan cili kering ikut tahap kepedasan, barulah mommies boleh pilih cili kering untuk digunakan dalam masakan sama ada suka yang pedas atau yang kurang pedas.

1.   Gemuk

Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika dikisar, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan “heavy duty blender”. Ia juga dinamakan sebagai cili kering Kelantan, kerana banyak digunakan dan dijual di sana.

Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668, 273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak atau orang tua. 

Kalau suka pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa uols. 

2.   668

Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding cili kering gemuk. Mudah dikisar sehingga halus dan ia berasal dari Thailand.

Ia sesuai untuk dimasak: kuih popia sira, kuih burger Malaysia, sambal ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata atau rebus dan Shellout.

3.   273

Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji. Kulitnya nipis dan mudah dikisar menggunakan blender biasa sahaja. Tahap kepedasan sama seperti 668. Ia berasal dari Thailand.

Cili kering ini sesuai untuk dimasak: rendang, laksa, mi Goreng, sambal ikan bilis nasi lemak , sambal ikan, sambal sotong, asam pedas, sambal ketam, masak masam manis kerapu, ayam masak kicap jawa, daging goreng berlada, ikan talapia panggang bersambal, pes ikan bakar dan ayam goreng mamak.

4.   Teja

Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting. Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk dikisar menggunakan blender biasa.

Ia juga dinamakan cili kering siam. Tahap kepedasannya sangat pedas.

Cili jenis ini sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes (disangai atau dibakar dalam ketuhar dan blend kering). Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun