Orang kata telur rebus nak masak dia senang je. Masuk dalam air tunggu dalam 10 minit then siaplah. Hmm, hakikatnya masa nak kupas tu barulah sedar yang masak telur rebus pun perlu ada caranya supaya telur yang dikupas tu elok je cantik licin.
Kadang tu dia punya menggelupas tu teruk sangat sampaikan rasa malu nak hidang kat tetamu.
Jadi untuk selesaikan masalah dan kerisauan korang tu, sis ada nak share tips supaya telur jadi elok je licin bila dikupas.
1. Tak perlu masuk telur masa air dah mendidih. Masuk je sekali dengan air dan terus rebus sekali.
2. Masukkan garam dan minyak masak sikit sebelum korang buka api.
3. Lepas tu rebus je macam biasa, ikut masa yang korang nak.
4. Lepas dah siap rebus jangan terus kupas. Rendam dulu dalam air biasa sekejap sampai dia jadi suam.
Lepas ni kalau nak buat majlis ke, tak payah dah risau visual telur rebus korang tu boleh mengaibkan sebab korang dah boleh cuba tips ni. Mudah je. Cara yang sama cuma tambah beberapa step je.
Selamat mencuba!