Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, koleksi emas Itali memang dah berjaya tambat hati penggemar aksesori barang kemas. Sampailah barangan kemas yang ada pilihan warna kuning, putih dan ros ni berjaya cetuskan trend dekat Malaysia.

Lepas 11 tahun, koleksi emas Itali ni kembali lagi. Tapi namanya ditukar ke Koleksi Ora Italia 916 yang berubah daripada gabungan manik emas macam Beads Planet dan Cavo kepada design macam Amore dan Grafetta yang berbeza daripada design-design sedia ada.

Dan kalau dulu, jenis rantai labuh je yang ditawarkan, kini saiz & panjang rantai leher pun dah ada macam-macam, boleh dipilih ikut kesesuaian pelanggan.

Samalah juga macam berat, kalau dulu memang jenis padu padu je, kini dah ada yang bajet yang boleh dibeli daripada saiz bayi sampailah ke orang dewasa.

Pemilihan Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020 yang jadi penghias kempen ni pun bersesuaian dengan sokongan Habib Jewels dalam memperkasa dan memperjuangkan golongan wanita. 

Sambil jalani aktiviti seharian, boleh tetap kekal yakin bergaya.

Maklumat lanjut boleh layari website http://www.habibjewels.com/