Selalu kalau nak makan char kuetiau je mesti pergi kedai kan? Jarang masak sendiri sebab risau tak jadi. Nak masak char kuetiau yang jadi kuetiau goreng. Jenuh!
Jadi hari ni sis nak share sikit cara nak buat pes char kuetiau yang paling mudah tapi kick gila rasa dia. Kalau buat char kuetiau memang menjadi sungguh la.
Kalau ikut daripada tips Fatin Nur Izzah, korang hanya perlukan bahan ni je.
- 1kg udang (ambil kulit dengan kepala je)
- Kicap manis, kicap pekat, sos tiram semua 2 senduk
- 2 kiub ikan bilis
- 2 sudu besar cili boh
- 6 ulas bawang putih diketuk kasar
- Rebus udang tadi sampailah udang dah tukar warna oren. Kuantiti air ikutlah kalau nak banyak pun boleh.
- Lepas tu blendkan udang tadi sampailah hancur. Guna air rebusan tu jugak.
- Tapiskan udang dan ambil hanya pati (air) dia je. Kalau dapat perahlah sampai memang kering udang tadi tu.
- Lepas tu korang panaskan air tadi dengan bahan-bahan lain, sampailah menggelegak dan pekat. Api tak payah besar.
Pes dah siap!
Lepas tu korang simpanlah dalam freezer untuk tahan lama. Nak masak baru keluarkan. Kalau nak mudah masa nak simpan tu dah siap asingkan dalam bekas-bekas kecil untuk sekali masak.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatin Nur Izzah