Pengumuman untuk mommies diluar sana, sis nak bagitahu yang produk jenama Tyson sudahpun mendarat di Malaysia ye! Menampilkan kualiti bertaraf dunia yang 100% Halal, produk ayam “frozen” yang dimasak sepenuhnya, malah cepat dan mudah untuk disediakan dan dinikmati bersama keluarga kini boleh didapati di pasaran. Mesti ramai mak-mak nak pergi borong lepas ni.
Berpengalaman lebih 80 tahun dalam bidang industri makanan, sudah tiba masanya Tyson melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan hidangan lazat dan snek yang sesuai dijadikan masakan harian di rumah dan boleh dinikmati bila-bila masa. Paling best, pelbagai jenis produk ayam “frozen” yang telah ditawarkan, hanya pilih je mana yang berkenan di hati. Ada sesiapa yang macam sis tak? sejenis semua benda nak sumbat dalam air fryer. Haa sesuai sangat la beli ayam dari Tyson ni, letak dalam 18-20 minit terus siap!
Hari ni juga telah berlangsungnya acara sidang media Tyson dimana menampilkan penampilan eksklusif oleh Chef Selebriti Anis Nabilah, juga dihadiri barisan selebriti Malaysia iaitu Harith Iskander, Zahirah Macwilson dan Azira Shafinaz. Kalau mommies nak tengok masak-masak live, boleh lah ke “Tyson Kaki Crunch Fest” di Orange Concourse, Sunway Pyramid sampai Ahad ni.
Nanti share-share la resepi yang uols create dengan menggunakan ayam dari jenama Tyson ni. Mana tahu boleh saing-saing chef Anis Nabilah, ye dak? hehe.