Cabaran terbesar duduk negara dengan iklim tropika dah tentu peluh. Terutama sekali di bawah lengan! Tak kena gaya, boleh menerbitkan bau kurang enak pada orang sekeliling. Tetapi, penjagaan bawah lengan yang baik boleh menyelesaikan masalah ini. Pastikan produk yang digunakan bersesuaian. Pada yang ragu-ragu atau dah penat bertukar produk tapi masih tak dapat kesan yang diinginkan, apa kata pilih yang lebih natural seperti produk Pause & Oomph.

Rangkaian terbaru dari jenama lokal ini, Pause Natural Underarm Scrub (Unscented) dan Pause Natural Body Deodorant (terdapat dalam wangian Japanese Cherry Blossom dan Fresh Bamboo) merupakan manifestasi komitmen jenama ini kepada pendekatan yang lebih semulajadi pada kesihatan.

Produk deodoran dan anti-peluh yang biasa boleh menjadi faktor penyumbang pada liang roma tersumbat, jerawat, kesan hitam dan bau yang kurang enak pada bawah lengan. Pause & Oomph menyasarkan penyelesaian serta kepentingan penjagaan liang roma bahagian bawah lengan yang sering terabai, punca masalah peluh dan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Pause Natural Underarm Detox Scrub membantu menghilangkan bau dengan membuka liang tersumbat, menghilangkan kekotoran, peluh dan bakteria. Selain itu, ia juga membantu menanggalkan sel kulit mati. Langkah kedua melibatkan penggunaan Pause Natural Body Deodorant, menampilkan formula berasaskan air yang membolehkan proses berpeluh berlaku secara semulajadi sambil meneutralkan bakteria penyebab bau. 

Rangkaian produk ini boleh didapati daripada laman web rasmi Pause & Oomph atau Shopee. Untuk info tambahan, pertanyaan atau pembelian produk, klik https://pauseandoomph.com/