Leap Generation Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelantikan Goh Liu Ying, bekas pemain badminton kebangsaan dan pemenang pingat perak dalam acara beregu campuran Sukan Olimpik Musim Panas 2016, sebagai duta rasmi produk baru mereka, beleap Wet Wipes, siri inovatif tisu basah kualiti premium yang mesra alam.
“Kami sangat gembira menyambut ikon sukan, Goh Liu Ying sebagai duta jenama kami,” kata Kan Zhi Yi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Leap Generation.
“Kerjasama beliau dengan kami melambangkan komitmen bersama kami untuk menerajui inovasi dan kualiti yang luar biasa dalam produk yang direka untuk memberi manfaat kepada kehidupan seharian semua orang. Kami bertujuan untuk memberikan impak yang berkekalan dalam industri penjagaan diri bersama-sama.
beleap Wet Wipes dihadirkan dengan 4 fungsi berbeza, setiap satunya unik dengan dilengkapi formula pembersihan yang lembut namun berkesan. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang semulajadi terurai, menunjukkan komitmen Leap Generation terhadap kelestarian.
Goh Liu Ying menyatakan kegembiraannya terhadap kerjasama ini. “Saya sangat bangga dapat bekerjasama dengan Leap Generation dan menyokong misi mereka untuk menetapkan standard baru dalam penjagaan diri yang berpaksikan kelestarian.Saya yakin kerjasama kita akan memberi inspirasi kepada jenama dan syarikat lain untuk melakukan perkara yang sama dengan cara mereka sendiri.”
Para tetamu jemputan dan wakil media berpeluang untuk mencuba sendiri produk beleap Wet Wipes yang baru termasuk tisu basah badan, tisu basah bayi, tisu basah anti-bakteria, dan tisu basah penanggal solekan dalam majlis tersebut.
Dengan pelancaran rasmi ini, Leap Generation berharap beleap Wet Wipes akan menjadi keperluan rumah tangga yang penting, sesuai dijadikan kit perjalanan dan penjagaan kesihatan.