Bayi berusia sebulan antara yang termuda pulih sepenuhnya covid-19

Siapa sangka bayi yang baru sahaja lahir juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa wabak Covid-19.

Kes ini dilaporkan berlaku di Thailand apabila bayi yang dinamakan sebagai Pha Kin disahkan positif Covid-19.

Berita yang menimbulkan kerisauan orang ramai ini ternyata memberi sedikit kelegaan apabila bayi yang berusia satu bulan itu kini dilaporkan pulih daripada Covid-19.

Kejayaan bayi ini hasil usaha keras pihak hospital Samut Prakan, Thailand sekaligus membuatkan bayi ini sebagai antara pesakit termuda pulih daripada wabak Covid-19.

Menurut pihak hospital strategi yang digunakan untuk merawat bayi ini dengan memberi ubatan-ubatan selama 10 hari berturut-turut. Malah wabak yang menjangkiti bayi ini menunjukkan simptom yang kurang serius berbanding orang dewasa.

Dalam pada itu, pihak hospital juga tidak menafikan merawat bayi ini memberi satu cabaran besar kepada mereka memandangkan ubat-ubatan yang digunakan sedikit berbeza daripada segi dos berbanding orang dewasa.

Setakat ini Thailand sudah merekodkan lebih 2,854 kes serta 50 kematian disebabkan wabak COVID-19.

uols mungkin minat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Pakai face mask tetap tak selamat, wanita ini jatuh pengsan di mall tiba-tiba…