Melangkah ke arah meningkatkan perkembangan kanak-kanak di Malaysia, Enfagrow A+ MindPro melancarkan Acara Ekspo Future Ready A+ Kids di Pusat Beli-belah 1 Utama. Acara itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri sempena Hari Otak Sedunia.
Acara itu menekankan kepentingan perkembangan otak kanak-kanak dan peranan utama yang dimainkan oleh nutrien yang menyokong perkembangan otak, seperti Membran Globul Lemak Susu (M.F.G.M.), Acara ini menampilkan sesi temu bual bersama pakar dan juga memperkenalkan senarai penilaian perkembangan C.O.M.E.L. (Kognitif, Optik, Motor, Emosi, Bahasa), panduan berguna untuk profesional kesihatan bagi menjejak tahap perkembangan kanak-kanak.
Kepentingan Menangani Cabaran Pemakanan dan Komitmen Terhadap Perkembangan Kanak-kanak
Usia lima tahun pertama kanak-kanak adalah kritikal untuk perkembangan otak, dengan lebih daripada 1 juta hubungan neuron terbentuk setiap saat di mana 80% – 90% perkembangan otak berlaku di zaman peringkat awal kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa penting nutrisi yang betul dalam perkembangan awal kanak-kanak, selaras dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (C.R.C.), yang mengiktiraf hak semua kanak-kanak untuk mendapatkan makanan yang sihat dan nutrisi yang mencukupi .
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan pembukaannya berkata, “Dengan menyediakan ibu bapa dengan alat serta pendidikan yang betul, kami dapat memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai asas yang kukuh untuk membesar dengan sihat, selamat, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Saya bersyukur kepada organisasi swasta seperti Mead Johnson Nutrition yang berkongsi visi yang sama dalam menyokong perkembangan dan pemakanan kanak-kanak. Dedikasi mereka untuk memupuk generasi yang bersedia menghadapi masa depan benar-benar memberi inspirasi.”
Walaupun faktor seperti genetik sukar diubah, nutrisi adalah faktor yang boleh dikawal dan dioptimumkan bagi membantu kanak-kanak mencapai potensi perkembangan otak yang sepenuhnya.
Pengurus Negara Mead Johnson Nutrition Malaysia & Singapura, Wong Choy Yee menegaskan, “Kami di Mead Johnson Nutrition komited untuk memupuk generasi yang sedia menghadapi masa depan yang dilengkapi dengan kemahiran penting untuk hidup, disokong oleh nutrisi yang betul untuk meningkatkan perkembangan otak di sepanjang awal usia mereka. Formula Enfagrow A+ MindPro, diformulasi melalui teknologi berinovatif dan penyelidikan berterusan selama lebih 100 tahun, bertujuan memastikan kanak-kanak mendapat sokongan yang optimum untuk pertumbuhan dan perkembangan, dan senarai penilaian perkembangan C.O.M.E.L. yang baru dilancarkan ini boleh membantu memantau dan meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak dengan berkesan.”
Memperkenalkan Senarai Penilaian Perkembangan C.O.M.E.L. Dan Peranan M.F.G.M. Dalam Perkembangan Otak Kanak-Kanak
Senarai penilaian perkembangan C.O.M.E.L. adalah alat pemantauan atas kerjasama pakar pediatrik Dr Rajini dan Prof Madya Dr Norazlin bagi memantau perkembangan awal otak, membantu mengenal pasti kelewatan perkembangan dan membolehkan langkah intervensi diambil segera tepat pada masanya. Pemeriksaan berkala, nutrisi optimum, dan pengalaman yang memperkaya adalah penting untuk memaksimumkan potensi kognitif kanak-kanak.
Pakar Perunding Am dan Pediatrik Perkembangan di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Prof Madya Norazlin Kamal Nor menekankan kepentingan pendekatan holistik Ujar beliau, “Pemeriksaan perkembangan otak secara berkala adalah penting bagi mengenal pasti potensi berlakunya kelewatan di peringkat awal. Senarai penilaian perkembangan C.O.M.E.L. menyediakan rangka kerja komprehensif untuk memantau dan meningkatkan kemahiran kognitif, visual, motor, emosi, dan bahasa kanak-kanak. Sebagai contoh, pada usia tiga tahun, seorang kanak-kanak itu sepatutnya boleh menyusun teka-teki 3-4 keping, bertanya soalan, memadankan warna, dan mengayuh basikal roda tiga. Senarai penilaian perkembangan C.O.M.E.L. membantu ibu bapa dan doktor mengambil tindakan awal untuk memberi kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak.”
Selain itu, pemakanan suboptimum mungkin menghalang peluang kanak-kanak untuk mencapai potensi otak sepenuhnya. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa susu formula yang ditambah dengan MFGM, nutrien yang membina otak, boleh membawa kepada kelebihan dalam kecerdasan kognitif kanak-kanak (IQ, Kelajuan Pemprosesan & Kemahiran Ruang Visual) serta kecerdasan emosi yang berlanjutan melebihi umur 5 tahun.
Kanak-kanak Bersedia Untuk Masa Depan: Menerokai MFGM, Hubungan Usus dengan Otak, dan Pemeriksaan Awal Tahap Perkembangan
Pada Acara “Enfagrow A+ MindPro: Future-Ready A+ Kids Expo”, panel pakar telah mengupas topik-topik penting ini. Sesi perkongsian bersama Prof Madya Dr Norazlin Kamal Nor dan Profesor Cheah Pike See memberikan pandangan mendalam mengenai kepentingan nutrisi dalam awal usia kanak-kanak, pemeriksaan awal perkembangan neuro, dan nasihat berguna mengenai pemupukan perkembangan kognitif dan emosi melalui nutrisi dan penglibatan secara aktif.
Sebagai salah seorang daripada panel, Profesor Cheah Pike See, Ketua Jabatan Anatomi Manusia di Universiti Putra Malaysia, menjelaskan kepentingan kritikal pertumbuhan otak pada usia lima tahun pertama dan faktor yang mempengaruhi perkembangan optimum otak. “Oleh kerana kanak-kanak mempunyai banyak perkara untuk dipelajari pada tahun-tahun awal kehidupan, hubungan terbentuk dengan cepat antara neuron. Faktor-faktor seperti pemakanan, dan pengaruh persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk pertumbuhan otak pada kanak-kanak. Pemakanan yang betul dan pencernaan yang sihat adalah penting untuk menyokong pembentukan sel-sel otak dan sambungan saraf. Interaksi ibu bapa-anak dan kualiti pengalaman awal juga penting dalam memupuk perkembangan otak yang sihat. Menyediakan persekitaran yang memupuk, merangsang dan menyokong emosi kanak-kanak adalah penting bagi mereka untuk berkembang maju secara kognitif dan emosi dalam jangka masa panjang.”
Perjalanan Merentasi Masa: Menerokai Sains Perkembangan Kanak-kanak dengan Future-Ready A+ Kids Expo
Ekspo yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (U.P.M.) ini menawarkan ‘Brain Tour’ yang menarik, menekankan tentang kepentingan nutrisi yang sesuai untuk perkembangan awal kanak-kanak. Pengalaman interaktif ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama: pertumbuhan otak yang kritikal pada usia lima tahun pertama, bagaimana nutrisi yang betul menyokong kemahiran kognitif dan emosi, dan permainan pendidikan menarik yang direka untuk menguji kelajuan memproses maklumat kanak-kanak. Ia menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermaklumat untuk ibu bapa dan kanak-kanak, menjadikannya sebagai peluang terbaik untuk belajar dan membesar bersama-sama.
Acara Enfagrow A+ MindPro: Future Ready A+ Kids Expo akan berlangsung dari Julai hingga Ogos di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru bermula dengan 1 Utama dari 10 hingga 14 Julai 2024 di Aras Bawah Oval Concourse, diikuti oleh Queensbay Mall Pulau Pinang di Central Atrium dari 24 hingga 28 Julai 2024 dan Aeon Tebrau City Mall J.B. di Central Atrium dari 6 hingga 11 Ogos 2024.
Bawa anak anda ke pameran yang menarik dan menguji kelajuan pemprosesan otak anak anak anda di stesen Cabaran Pemprosesan Kelajuan Otak A+ dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000 Cabaran ini menguji keupayaan anak anda mengenal pasti item yang serupa dan bertindak dengan kelajuan terpantas Ia dibahagikan kepada 3 kumpulan umur yang berbeza iaitu umur 1 hingga 2 tahun, umur 3-4 tahun, dan umur 5-6 tahun serta tiga pemenang teratas dari setiap kategori akan bersaing dalam pertandingan akhir dan berpeluang memenangi sebuah dana pendidikan!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Future-Ready A+ Kids Expo dan produk Enfagrow A+ MindPro, sila layari sini.