
Pada 23 April 2025, jenama kecantikan ikonik Greek, Fresh Line, telah melancarkan kedai pertama di Sunway Pyramid. Fresh Line menawarkan barangan penjagaan kulit, penjagaan rambut dan badan yang berasaskan tumbuhan. Fresh Line diasaskan di Greece pada 1992 dan diilhamkan oleh ritual kesihatan dan tradisi unggul tumbuh-tumbuhan Mediterranean. Setiap produk mengandungi lebih 90 peratus kandungan semula jadi yang berkualiti tinggi serta bau yang seakan-akan membawa anda mengembara ke kepulauan Greek.
Apa yang menjadikan Fresh Line istimewa? Setiap langkah dalam proses penghasilan dikawal dengan teliti dari aktiviti penyelidikan dan pembangunan sehingga ke pengeluaran bioiklim sendiri seluas 6,000 meter persegi di Greece. Ini memastikan setiap produk menepati standard kualiti yang tinggi.
Kata Pengarah Pemasaran Fresh Line Greece, Giota Ntarachani, “Fresh Line bukan sekadar sebuah jenama kecantikan, ia jalinan antara penghayatan alam semula jadi, kesejahteraan dan aspek penjagaan diri. Budaya Malaysia yang ramah, menghargai rawatan berteraskan alam semula jadi dan peningkatan tahap kesedaran terhadap elemen kecantikan mesra alam menjadikan negara ini tuan rumah yang sempurna untuk kami di rantau Asia. Kami teruja untuk memperkenalkan rakyat Malaysia kepada pengalaman penjagaan kulit yang berkesan dan mempesonakan, berteraskan tradisi kecantikan Greek.”
Fresh line terletak di Tingkat Bawah, Lot G1.125C, OASIS di Sunway Pyramid. Pengunjung berpeluang untuk dapatkan khidmat nasihat peribadi untuk penjagaan kulit dan rambut sambil menikmati suasana pengalaman membeli-belah yang dipenuhi dengan aroma menyegarkan.
Untuk ketahui info lanjut tentang Fresh Line, sila layari laman web rasmi mereka https://freshline.my/ dan alami keindahan semula jadi yang menyerikan kulit anda.