
Baru-baru ini, IPC Shopping Centre memperkenalkan penjenamaan semula bertemakan The Lagom Life,diinspirasi daripada falsafah terkenal Sweden yang menekankan kehidupan seimbang, ringkas dan bermatlamat.
Dengan konsep ‘just the right amount’, IPC menggalakkan gaya hidup tenang di mana pengunjung digalakkan untuk menikmati setiap detik dan membeli dengan tujuan.
Menurut Karyn Lim, Pengurus Besar IPC, “kehidupan zaman kini terasa semakin pantas, jadi masa anda perlu dibahagi sebaik-baik yang mungkin. Sebab itu kami percaya dalam menyediakan alternatif seimbang. IPC tempat anda untuk berhubung semula dengan diri anda, orang tersayang dan komuniti sekitar dengan cara yang istimewa.”
IPC turut menampilkan pengalaman beli-belah yang lestari, bermakna dan mesra keluarga. Tawaran istimewa seperti program ganjaran Tack Club, pelbagai jenama pilihan serta persekitaran selesa menjadikan IPC tempat yang memenuhi keperluan praktikal dan gaya hidup mampan.
Tarikan Baharu & Pengalaman Inovatif
Pelbagai pembaharuan turut diperkenalkan:
- Restoran dan kafe terkini: Canton Boy, FUIYOH! It’s UNCLE ROGER, Chagee, Luckin Coffee
- Brio Social Club bakal hadir dengan tujuh gelanggang tertutup pickleball, menggalakkan gaya hidup sihat dan interaksi sosial
- Pengalaman beli-belah moden menerusi:
• Träffas Work Pods (Aras 1 Link Bridge)
• BYD x Espresso Lab
• MR. DIY Plus
• Good Times DIY & Lifestyle Studio
• Play United
Selain itu, enam pengecas Tesla EV bakal tersedia pada suku ketiga tahun ini bagi kemudahan pemilik kenderaan elektrik.
Kemudahan & Inisiatif Komuniti
IPC turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung termasuk kereta sorong bayi, skuter bateri dan kerusi roda di i-Counter (Aras G), serta bilik keluarga lengkap dengan sistem penapisan udara dan lantai anti-bakteria.
Komitmen terhadap kelestarian pula diterjemah melalui:
- Pusat Kitar Semula & Beli Balik
- Bengkel artisan dan eko mingguan semasa musim perayaan
Semua inisiatif ini mencerminkan usaha IPC mengimbangi kejayaan perniagaan dengan tanggungjawab terhadap komuniti dan alam sekitar.
Dengan visi sebagai destinasi lestari yang terus relevan mengikut zaman, The Lagom Life menjadi landasan untuk IPC kekal sebagai pusat beli-belah yang bukan sekadar ruang membeli, tetapi tempat berhubung dan hidup dengan lebih bermakna.Untuk maklumat lanjut tentang The Lagom Life, sila layari ipc.com.my atau ikuti laman rasmi IPC Shopping Centre di Facebook, Instagram, atau TikTok untuk sebarang promosi terkini, acara dan kemas kini.