
PCOS Awareness Month anjuran Concevoir® di 1 Utama (10–14 September 2025) membuka ruang ilmu kesihatan wanita dengan perkongsian pakar seperti Dr. Maiza Tusimin, Pakar Sakit Puan (Prince Court Medical Centre) dan Dr. Fatin Johan, Pengamal Perubatan Am. Mereka menekankan kepentingan kesedaran awal tentang Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), satu keadaan yang sering dialami wanita tetapi masih ramai tidak didiagnosis.
PCOS adalah antara masalah kesihatan wanita paling biasa, tapi masih ramai tidak sedar mereka mengalaminya. Data menunjukkan 12.6% wanita Malaysia terkesan, dengan simptom seperti haid tidak teratur, perubahan berat badan dan cabaran kesuburan.

Kempen lima hari ini bukan sekadar pameran, tetapi sebuah ruang mesra untuk berkongsi ilmu, aktiviti interaktif dan sokongan komuniti. Tujuannya jelas, iaitu menjadikan topik PCOS lebih mudah difahami dan tidak menakutkan.
Berwarna merah jambu lembut, Connie direka melambangkan keselesaan dan harapan. Bentuknya diinspirasikan daripada biji carob, sumber Caronositol®, bahan utama Concevoir®.

Menariknya, watak ini direka sepenuhnya oleh dua wanita tempatan, pereka Hannah Goh dan artis Lau Jia Yee, menjadikan Connie simbol “wanita menyokong wanita”.
“Dengan Connie, kami mahu buat topik PCOS lebih mesra dan senang difahami. Connie hadir sebagai simbol sokongan untuk setiap wanita,” kata Elliot Chang, Pengarah Jenama Concevoir®.
Sepanjang kempen, pengunjung berpeluang mengikuti aktivitu seperti sesi perkongsian pakar kesihatan wanita, perbincangan komuniti yang menghubungkan pengalaman maya dan nyata dan dapat membawa pulang hadiah eksklusif seperti tote bag, keychain Connie, T-shirt dan kit percubaan untuk pesakit PCOS.

Lebih 500 orang hadir, termasuk wanita dengan PCOS, keluarga dan profesional kesihatan. Suasana penuh mesra ini berjaya menjadikan kesedaran PCOS lebih dekat di hati masyarakat.
Concevoir® berjanji akan terus memperkasa wanita melalui pendidikan dan sokongan. Pelancaran Connie hanyalah permulaan kepada lebih banyak inisiatif kesihatan wanita di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.concevoir.com