Selalu Bantu Tolong Jaga Adik, Reaksi Anak Sulung Ini Terima Hadiah Daripada Maa Buat Ramai Sebak

Jadi anak sulung bukannya mudah. Memang banyak yang pengorbanan yang perlu dilakukan. Terutamanya kalau adik-adiknya ramai. Mungkin ramai akan rasa jadi anak sulung ni banyak kelebihan, tetapi hakikatnya anak sulung selalu menjadi harapan kepada ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik.

Baru-baru ini, seorang ibu berkongsikan momen beliau menghadiahi anak sulungnya hadiah yang sudah lama diidamkan. Sebagai penghargaan buat si sulung yang sering membantu beliau dalam menjaga adik-adiknya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat si sulung yang terharu sehingga menangis teresak-esak. Ini kerana memang dia sudah berniat untuk mengumpul duit dan membeli hadiah idamannya iaitu sebuah permainan steering kereta dengan duitnya sendiri tanpa menyusahkan ibunya.

Melihat ruangan komen, ramai yang turut sebak dengan reaksi Along serta boleh relate dengan pengorbanan beliau sebagai abang sulung.

Seronok kan tengok anak sulung dihargai. Dalam sibuk melayani si adik, ibu bapa jangan lupa juga menghargai yang sulung sebagai insan pertama yang menghuni rahim kita. 

2TikTok: @ct_aisyah33