
Sebut je Fernleaf, mesti ramai yang ingat susu yang kita kenal sejak dari kecil. Tak kira sarapan atau minum petang, Fernleaf jadi pilihan ramai. Sebab itu, jenama susu tepung keluarga No.1 Malaysia ini jalankan kempen Kebaikan Nutrisi Untuk Setiap Generasi untuk hargai sokongan orang ramai sejak dahulu.
Kempen ini akan berlangsung sampai 30 November 2025, dimana ia akan mengetengahkan komitmen Fernleaf terhadap kebaikan semula jadi tenusu New Zealand dan peranannya untuk terus bekalkan khasiat untuk semua keluarga di Malaysia.
Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata, “Sejak 40 tahun dahulu, Fernleaf telah menjadi jenama dipercayai dalam kehidupan keluarga Malaysia. Kempen ini adalah cara kami meraikan perjalanan tersebut.
“Kami berharap untuk terus berkembang bersama rakyat Malaysia, membekalkan nutrisi kepada generasi akan datang dengan penjagaan, kepercayaan dan kebaikan yang telah menjadi sebahagian hidup mereka sejak berdekat,” ujarnya.
Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Kempen Kebaikan Nutrisi Untuk Setiap Generasi

Orang ramai juga boleh sertai macam-macam aktiviti menarik sempena kempen ini. Antaranya, Trak Susu Fernleaf yang bawa minuman klasik kegemaran ramai, Roadshow Citarasa Malaysia Bersama Fernleaf serta siri video menyentuh hati “Disayangi Setiap Generasi”.
Orang ramai juga boleh sertai ‘Peraduan Beli & Menang’ untuk rebut peluang menang macam-macam hadiah menarik seperti jongkong emas atau cooler Bag vintaj Fernleaf edisi terhad yang diinspirasikan daripada susu ikonik Fernleaf.
Sebab tu, jangan lupa singgah Trak Susu Fernleaf yang akan buat tour seluruh negara sehingga 31 Oktober 2025. Masa nilah untuk rasa minuman klasik kegemaran ramai macam Teh Tarik, Sirap Bandung dan Susu Coklat Ais yang dibuat menggunakan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan Fernleaf Family Chocolate.
Jangan lupa juga kumpul magnet peti sejuk vintaj Fernleaf edisi terhad (5 rekaan unik) dan beg tote plushie Fernleaf eksklusif (3 rekaan unik) yang pasti menarik perhatian.
Sementara itu, siri video ‘Fernleaf: Disayangi Setiap Generasi” yang diilhamkan dari kisah sebenar keluarga tempatan juga diperkenalkan, dimana video ini meraikan ikatan kekeluargaan dan kehadiran Fernleaf dalam hidup kita dari dulu sehingga kini.
Menerusi siri ini, Fernleaf menunjukkan bagaimana kebaikan tenusu yang berkualiti mampu menyatukan keluarga daripada pelbagai latar belakang tak kira masa, tak kira generasi.
Roadshow Citarasa Malaysia Bersama Fernleaf
Kempen ini juga dimeriahkan dengan siri roadshow Citarasa Malaysia Bersama Fernleaf, yang sedang berlangsung di seluruh negara, hingga 31 Oktober 2025. Jelajah ini memberi peluang kepada warga Malaysia untuk:
- Menikmati sampel minuman klasik Malaysia PERCUMA – Teh Tarik, Sirap Bandung, dan Susu Coklat Ais yang dibuat dengan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan Susu Tepung Fernleaf Family Chocolate;
- Sertai permainan plinko yang menyeronokkan dan bawa pulang magnet peti sejuk vintaj Fernleaf edisi terhad secara PERCUMA!
- Tebus beg jinjing plushie Fernleaf eksklusif; dan
- Sertai peraduan Beli & Menang untuk peluang memenangi jongkong emas dan Cooler Bag vintaj Fernleaf edisi terhad.

Untuk menyertai Peraduan Beli & Menang, pengunjung boleh melakukan pembelian produk Fernleaf bernilai RM20 dan keatas dalam satu resit sehingga 30 November 2025 untuk rebut peluang memenangi jongkong emas 999.9 atau Cooler Bag Vintag Fernleaf edisi terhad.
Inilah cara Fernleaf hargai sokongan orang ramai jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan aktiviti menarik lain, layari:
Facebook: @FernleafMalaysia
Instagram: @fernleaf_malaysia
TikTok: @fernleafmy
Laman web: www.fernleaf.com.my