Paksa Isteri Ramping Lepas Bersalin 3 Kali, Ini Beberapa Permintaan ‘Gila’ Virgoun Sebelum Kantoi Langgan Pelacur

Kisah cinta tak seindah lagu kan? Itu yang berlaku dalam rumah tangga penyanyi yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla yang baru-baru ini terpalit dengan kes kecurangannya.

Sudah mendirikan rumah tangga sejak 2014 dengan Inara Rusli, sikap kasanova ini akhirnya terbongkar selepas isterinya, Inara menemukan transaksi bank bernilai lebih 195 juta rupiah di bank Virgoun. 

Setelah diselidik, rupanya ia digunakan untuk melanggan beberapa orang pelacur bermula dari Julai 2021 hingga Ogos 2022. Malah menurut Inara, skandal suaminya yang dikenali menerusi kelab hobi motosikal itu pernah datang ke rumah pada Hari Raya tahun lalu. Rupanya bukan seorang perempuan simpanan suaminya, tetapi tiga orang!

Tidak terhenti di situ, si suami juga ada menggunakan kuasa vetonya sebagai suami dengan menyuruh Inara melakukan beberapa perkara:

  1. Membuka purdah supaya ingin diakui dan dipuji memiliki isteri yang cantik di media sosial (viral), tetapi ditolak Inara.
  2. Meminta untuk Inara menurunkan berat badan sehingga 48kg. Ini diikuti Inara, antara usaha yang dilakukan adalah dengan melakukan laser dan disuntik di beberapa bahagian tubuh dan diet.
  3. Penuhi keinginan suami untuk bersama di siang hari bulan Ramadan.

Membongkar kisah kecurangan suaminya di Instagram peribadinya, Virgoun dalam satu surat pengakuan mengakui kesediaan untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya termasuklah menerima hukuman berdasarkan undang-undnag, menceraikan Inara dan hilang hak jagaan anak-anak dengan syarat pemberian nafkah bulanan hampir 40 juta rupiah sebulan.

Inara turut mengaku tidak melayani suaminya semaksimumnya selepas bersalin suma mahu 3 perkara daripada suaminya, “Aku pengin dia ke terapi ke psikiater, mediasi sama ustaz, dan benar-benar tobat nasuhah.”