4 aktiviti dalam rumah untuk bina minda anak

Kak Jah tahu masa PKP ni mommies risau tengok anak dok melekat je main game kat gajet. Ye la, takut perkembangan minda diorang tak seimbang kan bila asyik sangat main game. Jadi, Kak Jah share game indoors dan aktiviti bersama yang boleh mommies lakukan dengan anak-anak untuk isi masa sepanjang berada kat rumah ni. Bukan setakat hilangkan bosan, dengan aktiviti yang sesuai, kita boleh rangsang minda anak untuk jadi lebih kreatif tau.

Jigsaw Puzzle

Siapa sini suka main puzzle? Sebenarnya puzzle ni bagus untuk memastikan minda kita tajam. Ia mencabar ketangkasan dan logik fikiran kita. Bukan tu je, kalau nak latih kedua-dua belah otak anak berfungsi dengan baik, puzzle adalah game yang paling sesuai. Kak Jah suka aktiviti ni, siap berebut dengan adik-beradik siapa dapat lengkapkan puzzle dulu. 

Inilah masa nak korek balik puzzle lama tu dan cuba buat semula. Memang seronok!

Tiru karakter buku

Mommies mesti banyak beli buku cerita dekat anak-anak kan? Ceritakan tentang karakter buku tu dekat anak-anak supaya diorang dapat gambaran dan tiru karakter tersebut. Kalau ada yang nak guna kain batik atau selimut untuk jadi superhero tu biar je la. Bila dapat berekperimentasi dengan apa yang mereka bayangkan, barulah minda anak2 akan lebih terangsang. Berbaloi!  

Kelas memasak

Kanak-kanak ni suka je kalau kita ajar dia memasak. Tengok Danish Harraz tu, kecik-kecik dah pandai masak kalah Kak Jah. Jeles tau! Haha so ajarlah anak masak, alaaa masak benda simple2 je macam spaghetti ke ajar buat kek ke, confirm diorang seronok. Dapat juga asah bakat anak. Mana tahu boleh jadi kerjaya satu hari nanti.  rumah tu.

Board games

Board games ni famous sangat masa zaman 90-an dulu. Kenalkan balik game ni pada anak-anak. Games macam Saidina dan Monopoly boleh bantu asah minda anak supaya dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Kalau takde, main dam ular, dam haji atau chess pun bagus. Sambil tu boleh lah selit cerita nostalgia dulu-dulu masa zaman mommies kecik2. 

Mommies ada cadangan lain? Boleh lah kongsi dengan Kak Jah. Selamat mencuba dan ingat, kekal tenang ya dalam PKP ni!