Bila bercakap je pasal menghias rumah, mesti ada mommies yang terfikir untuk menggunakan khidmat interior designer disebabkan cara kerja mereka dan hasil yang dijanjikan.
Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang, nak bayar khidmat interior designer bukan murah. Jadi apa kata mommies ambil inisiatif lain untuk hias kediaman dan berikan ‘personal touch’ kita sendiri supaya deko dalam rumah nampak unik dan menarik.
Pada yang duduk di rumah kampung atau papan (vintage kan) boleh la cedok sikit idea dekorasi rumah dari perkongsian Amiereo Adipati di laman Facebooknya.
Walaupun rumah tersebut hanya disewa, ia tidak menjadi alasan untuk tidak menambah dekorasi dalaman untuk menjadikan kediaman itu lebih cantik. Yang lebih menarik, barang perhiasan dan dekorasi yang digunakan adalah terdiri dari barangan bajet rendah! Kesemua barangan dekorasi dibeli dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.
Rumah papan berubah wajah
Dengan bajet di bawah RM1000, pemuda ini ini berjaya menghias dan mengubah wajah rumah papan yang biasa kepada kediaman yang cantik dan selesa untuk dihuni. Dia juga membuktikan bahawa deko dalaman yang tampak mewah mampu direalisasikan dengan bajet yang rendah.
“Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka. Kita kemas apa yang patut, nak raya kan, puasa baru dua hari dik. 4 bulan dulu masa mula2 menyewa rumah ni sangat sangat teruk, memang menangis dalam hati.
“Ramai kawan kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni tapi nak buat mcm mana takda pilihan. Kebetulan keadaan sangat mendesak sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang,” katanya.
“Hanya ada masa seminggu je untuk pindah, dengan keadaan kewangan pun kurang, lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya. Takde lah mahal sangat tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan, stress bak hang.
“So kita touch up sikit sikit bagi lawa, modal pun tak berapa ada sgt. Aircond tu ambik kat kedai lama.
Walaupun guna barang barang DIY, kedai RM2 dan cowboy je, lampu gantung tu beli kt Shopee murah, budget uolzz. Lagi pun rumah sewa kan, kerusi pulak ambik kerusi lama, lebih 30 tahun dah ambik kat rumah arwah mak.
“Just spray putih, langsir beli kat Kamdar time promosi RM2.80 semeter. Ikut kan modal cat ada lah dalam RM300. Jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit-sikit,” jelasnya lagi.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa. Walaupun raya tahun ni tiada acara kunjung mengunjung Covid-19 masih berluasa. Ingat, stay at home. Duduk rumah, jgn merayau jgn melilau. Kita jaga kita.”
Ternyata idea ini mendapat perhatian masyarakat terutamanya mommies apabila dikongsi di dalam media sosial, semoga ia terus memberikan cetusan idea kepada uols untuk menghias rumah bagi menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi!
Sumber: Amiereo Adipati
uols mungkin berminat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!