Apa khabar peminat-peminat J-Beauty semua. Dah sedia nak dengar berita gembira tak? Mestilah gembira bila dapat tahu Ainz & Tulpe kini membuka cawangan kedua mereka di Sunway Pyramid, bermula hari ini tau! 

Dengar cerita ada banyak hadiah dan diskaun menarik yang disediakan untuk pembeli yang bertuah. Takkan uols nak biarkan begitu sahaja? Tidak tidak. Mana boleh lepaskan peluang keemasan macam ni, lagi-lagi bagi sesiapa yang sangat meminati kosmetik daripada Jepun.

Pada 12 November 2022 akan diadakan ‘Educational Beauty Sessions’ yang bermula pada 11 pagi dan 2 petang dimana pengguna dapat belajar lebih mendalam tentang produk pilihan iaitu AYURA, salah satu produk penjagaan kulit yang premium di Ainz & Tulpe.  

Kalau uols nak menang hadiah best-best, nak dapatkan diskaun yang lebih menarik boleh terus ke Facebook dan Instagram Ainz & Tulpe okeh!