Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, pokok lidah jin atau lidah mentua menjadi viral secara tiba-tiba sehinggakan ada yang mengambil kesempatan menjualnya dengan harga jauh lebih mahal.

Puncanya adalah kerana pokok ini dikatakan mampu bertindak sebagai penapis udara di dalam rumah. Disebabkan pada ketika itu semua orang duduk di rumah, makanya masing-masing berebut mahukan ruang rumah yang selesa – dan ini termasuklah aliran udara yang baik.

Tapi betul ke pokok viral ini boleh menapis udara? Jawapannya ialah TIDAK.

Menurut Public Health, NASA pernah melakukan kajian untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara yang ada di dalam rumah pada tahun 1989 dan antara pokok yang dibawa ke angkasa lepas termasuklah pokok viral ini.

Kredit: BH

Tapi hasil kajian mendapati tumbuhan tersebut tak boleh bertindak sebagai penapis udara. Dan untuk menapis udara, sebanyak 1,000 jenis tumbuhan diperlukan untuk ruang tertutup di dalam kebuk udara makmal bersaiz sekitar 3.1m x 3.1m x 2.4m.

Maknanya tak cukuplah kalau setakat ada pokok tu satu je kan?

Tapi walaupun ianya tak berkesan sebagai penapis udara, tetapi pokok dan persekitaran yang baik dan indah penting untuk mengurangkan stress dan ini terbukti dalam meningkatkan mood positif untuk menjalani aktiviti seharian.

Tapi seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim pernah menjelaskan simpan pokok lidah jin di dalam rumah boleh membawa bahaya, lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas yang menggunakan tanah yang boleh membiakkan mikro organisma. 

Kredit: Sabah Post

Ini kerana tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.

Kalau nak tanam juga, ada alternatif lai antaranya menggunakan tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

Kredit: Mingguan Wanita

Boleh juga gunakan air kena rajinlah tukar bagi mengelakkan ianya jadi sarang nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri. Nak tahu adanya aktiviti mikoorganisma ialah dengan adanya bau yang kurang menyenangkan dari bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut.

Kredit gambar utama: The Vocket