Dengan hanya 3 bahan utama, hasilnya boleh jadi bualan sepanjang minggu
Akak nak share ngan korang satu resipi paling simple buat dessert. Paling best, dessert ni pakai 3 bahan je dik. Tak payah bakar-bakar dalam oven ni. Dijamin sedap!
Bahan-bahan:
- Biskut Oreo
- Tatura Cream Cheese
- Chocolate chips
Cara penyediaan:
Hancurkan biskut oreo guna food processor sampai halus. Krim sekali. Kalau takde food processor, boleh pakai rolling pin je. Bash, bash, bash.
Tambah cream cheese dan sedikit garam. Kacau sampai sebati.
Pakai ice-cream scoop, bulatkan aduanan jadi bebola kecil. Sejukkan bebola oreo selama 30 minit.
Cairkan chocolate chips dalam microwave. Kalau takde boleh cairkan guna kaedah double-boiler.
Masukkan bebola oreo yang dah beku dalam coklat cair. Pastikan seluruh bebola bersalut dengan coklat. Boleh taburkan sedikit biskut yang telah dihancurkan sebagai hiasan. Sejukkan semula dalam peti ais selama 15 minit. Beres!
Oreo cookie balls ni sure jadi hit la. Kalau ada yang lebih tu boleh tahan la simpan dalam peti ais untuk seminggu, hanya perlu pastikan bekas kedap udara bertutup rapat.