Pengajaran buat semua pasangan kat luar sana – belajar erti pengorbanan pasangan suami dan isteri.  

Bila sis baca perkongsian seorang suami ni kat Twitter, sis tak tau nak rasa apa. Maklum lah sis tak laui semua tu. Tapi sis bersyukur bila ada isteri yang dikurniakan seorang suami yang sangat memahami. Suami yang memahami dan tidak menyalahkan isteri walaupun masih belum dikurniakan zuriat.   

Apa agaknya perasaan seorang suami bila orang lain tanya “wife kau mandul ke?” Inilah kisahnya. 

Ceritanya bermula apabila ramai yang marah pada wife aku, kata mereka ‘kenapa tak mengandung lagi?’ dan siap ada yang bertanya ‘taknak cari wife lain ke?’, ‘siapa nak jaga masa tua nanti?’ kemudian mulalah keluar statement “isteri kau mandul ke?”. Kemudian aku jawab dengan senyum “sebenarnya aku yang bermasalah.” Terus yang lain terdiam!

Harini adik lelaki aku dapat bayi baru dan diumumkan di dalam group WhatsApp keluarga dan benda pertama dalam kepala aku sebagai suami ialah apa perasaan isteri aku? Janganlah dia rasa rendah diri lagi disebabkan kekurangan kami tanpa zuriat ini. Aku tahu, keadaan rumahtangga aku buat kami perlu lebih tabah dan kuat dalam menghadapi beberapa situasi. 

Antara situasi yang menuntut kami jadi lebih kuat : 

  1. Bila keluarga cakap bab nak berkelah, semua yang ada anak akan riuh dan kami hanya berdua. 
  2. Bila ada majlis cukur jambul, kesannya lebih besar buat isteriku dimana dia hanya mampu memerhati. 
  3. Pada tahun 2017, lebih hebat tekanan yang isteri aku kena hadap.  Tahun 2017, bulan Feb, semua menantu mak aku mengandung serentak kecuali isteri aku dan mak aku dapat cucu serentak dalam bulan 10, dan kat situ aku terkelu tak tahu nak berkata apa. Rasa kasihan itu menebal dalam diri untuk isteriku!
  4. Bila adik beradik berbual bab masa depan anak masing-masing, aku akan cakap perancangan kami cari rumah orang tua termewah. Hahaha semua terdiam termasuklah mak sendiri! Siap ada adik cakap, anak-anak dia ada untuk jaga kami tapi bila aku fikir, takpelah taknak berharap dan susahkan anak-anak saudara. Kami pun dah lepaskan semua hak kami kepada harta pusaka dan wasiat keluarga. Taknak ada isu pembahagian lepas kami mati.
  5. Kalau ada kenduri dan perhimpunan keluarga lagi awkward. Sebab dalam semua cucu nenek aku, hanya aku masih belum dikurniakan zuriat. Hebat tekanan untuk isteriku, even dalam keluarga mentua pun hanya isteriku belum ada zuriat. 
  6. Kalau ada perbincangan berkaitan anak-anak, selalunya bila aku memberi pendapat, orang tak boleh terima pendapat dan kondem cakap “takde anak boleh la cakap macam tu, cuba ada anak, baru tahu rasa macam mana.”

Dan aku pun macam biasa, hanya mampu berdiam diri. But life is about a journey dan perjuangan. Perjuangan menuju kematian, mengumpulkan seberapa banyak amal kebaikan, bersabar dalam segala ujian dan tetap berpegang kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T. (walau aku pernah tersasar jauh), hidup berapa lama sangat nak mendabik dada.

Kami sudah periksa kesuburan, both okay, tiada masalah tapi alhamdulillah, dua orang putera kami sedang menunggu walid dan uminya di akhirat. Mungkin Allah S.W.T nak bagi sesuatu yang lebih baik dan mungkin juga takdir penyatuan kami untuk tujuan lain. 

Cuma salah satu tujuannya, mungkin untuk kami menghadapi semua cabaran-cabaran ini. Apa pun doakan isteri aku terus tabah dan kuat semangat, berkahwin dengan lelaki berdoa ini pun orang dah mengata sebab kekurangannya, bab zuriat lagi. Tak semena-mena itu pun jadi bahan untuk orang persoalkan. 

Dalam masa yang sama, bila perkongsian ini dikongsikan di Twitter, ramai juga yang memberikan maklum balas positif seperti memberi kata semangat termasuklah salah satu di bawah ini. Seperti cerita Dato’ Siti NurHaliza, kita yang menunggu selama 11 tahun! Yang penting jangan berputus asa. Bila ada pasangan menghadapi situasi yang sama, suami isteri kenalah sentiasa memberi semangat pada satu sama lain dan buatlah aktiviti untuk luangkan masa bersama serta bagi mengelakkan pasangan berterusan memikirkan perkara ini.