Bakal pengantin tak perlu bergolok bergadai hanya kerana gah, perjalanan hidup korang masih panjang.
Soalan wajib makcik-makcik bawang bila anak dara dipinang orang semestinya “Berapa hantarannya?” Kalau nilainya dirasakan tak sesuai, laju macam bullet train gossip sampai ke telinga orang setaman.
Bukan apa, sekarang ni ramai yang letak harga anak perempuan ikut pelajaran. Makin tinggi makin mahal la hantarannya. Satu yang tak pernah makcik-makcik ni pikir penat jerih bakal pengantin kumpul duit demi nak bayar duit hantaran yang makin mencanak naik.
Okay, pada yang baru bertunang dan masih tak pasti cara nak capai target duit hantaran, akak share sikit tips ngan korang. Semoga dapat tolong korang merealisasikan impian membina masjid.
Set target bila nak buat majlis
Kalau dah ada pasang niat nak masuk meminang anak dara orang, kenalah bersedia mental dan fizikal. Jangan kerja pun takde lagi dah gatal nak berbini. Sapa nak kasi makan?
So, setkan target. Jangan main setuju je bila pihak perempuan minta nikah dalam masa 6 bulan. Kalau dah ready takpe, kalau belum kan naya.
Cari jalan tengah supaya anda boleh buat persiapan.
Buat tabung kahwin
Selain menyimpan sebahagian dari gaji yang korang dapat setiap bulan, menabung ni antara cara paling senang nak capai target (kalau nak guna tabung ayam pun boleh, asal konsisten)
Ada orang simpan semua RM5 yang diorang dapat bila pecah duit, ada yang simpan RM10. Terpulang pada korang, yang mana tak membebankan sangat.
Jangan bergantung pada gaji semata-mata
Lainlah kalau gaji korang RM20,000 sebulan, kacang jer. Tapi ini untuk yang biasher-biasher jer. Golongan marhaen. Korang boleh buat kerja part time.
Akak masukkan dalam table kat bawah supaya senang korang bayangkan:
Kerja part-time | Anggaran pendapatan |
Kerja kat fast food outlet | Banyak fast food atau restoran segera ni nak pakai staff kerja malam atau hujung minggu, jadi ngam la kan. Dari duduk lepak saja, baik buat kerja sikit top up duit kahwin. Biasa bayaran dalam lingkungan RM5 – RM8 sejam. |
Jadi ejen dropship/online business | Korang mesti rajin layan Facebook. Ha, kat situ boleh buat duit. Join jadi dropship produk atau jadi ahli jual barang dalam tu. Sekarang ni macam-macam cara buat duit lebih kat medsos. Rajin dengan idak je. Ada yang boleh dapat sampai RM5,000 sebulan. Biasanya tak payah pakai modal atau modal kecil je. Takdelah rugi… Cuma kena rajin je. |
Buat sublet | Kalau korang menyewa rumah sorang-sorang (nak privasi) apa kata korang sewakan bilik extra yang ada. Boleh kurangkan sewa bulanan korang sambil buat duit lebih. Atau sewa satu lagi rumah then ambil orang sewa ikut bilik. Contoh: 1 rumah = RM1100 – RM1500 RM650 x 3 bilik = RM1950 RM450 – RM850 |
Jadi pemandu Grab atau food delivery (foodpanda, GrabFood) | Abis kerja boleh bawa penumpang Grab. Hujung minggu boleh jadi delivery guy untuk service penghantaran makanan. Tak susah pun kalau nak buat extra income. |
Ejen takaful / unit trust | Komisyen jadi ejen biasa antara 20% hingga 35% secara amnya. Jika korang dapat yang ambil pelan perlindungan dan takaful dengan nilai RM10,000 setiap bulan dah boleh dapat RM2,000 komisyen sebulan. Ini belum kira bonus! |
Kalau korang tak buat part time, boleh juga ikat perut. Ini cara paling lama yang orang guna untuk kumpul duit. Tak payah la gatal-gatal nak berjimba tak tentu hala, kalau tak bajet lari.
Jangan pula korang buat pinjaman peribadi atau AhLong. Itu Namanya nak jerat leher sendiri. Tak perlu nak berhutang semata-mata nak sedapkan orang sekeliling. Kalau korang tak dapat bayar diorang bukan nak tolong pun.
Lagi mudah sebenarnya kalau korang dapat pasangan yang boleh bantu sekali. Menang loteri kalau pasangan nak membantu sekali kumpul duit hantaran. Bincang dengan pasangan supaya belanja majlis kahwin dapat dikurangkan. Ada banyak cara sebenarnya nak kurangkan belanja majlis. Korang boleh buat survey awal untuk pastikan dewan dan caterer yang korang nak pakai menawarkan harga patut. Jangan main rembat jer. DIY doorgift dan pelamin pun boleh kurangkan lagi bajet.
Orang perempuan pun kena ingat, yang korang tolong tu bukan orang lain. Bakal suami korang juga. Biar susah senang bersama. Jangan harap lelaki je yang patang tulang belakang cari duit nak tanggung korang. Sama-sama kan lagi berkat. Til Jannah katanya.
Ingat korang, nak menabung kena ada disiplin. Itu paling penting. Selamat menabung untuk ‘bina masjid’!