Penggayaan yang simple buat style ini sangat menarik.
Dato Siti Nurhaliza jarang-jarang menggayakan tudung bawal tetapi apabila beliau menggayakan bawal hanya satu atau dua gaya sahaja menjadi pilihan hatinya. Hari ni kami akan tunjukkan tutorial tudung bawal gaya Dato’ Siti Nurhaliza.
Apa yang anda perlukan ialah:
- Tudung bawal
- Anak tudung ‘Ninja’
- Beberapa jarum peniti
- Pin tudung
Langkah-langkah:
- Lipat tudung bawal anda kepada tiga segi kemudian kemaskan di atas kepala dan pastikan kedua-dua belah tudung sama panjang.
- Kemudian lipat seberapa banyak tudung belah kanan anda dan masukkan ke belah kiri telinga anda
- Kemaskan dengan jarum peniti di kedua-dua belah lipatan kanan dan hujung tudung yang telah anda bawakan pada belah kiri dengan kemas supaya tudung anda tidak lari.
- Ambil lebihan tudung pada sebelah kiri dan bawakan pada bahu kanan anda. Kemudian kemaskan tudung tersebut mengikut kelebaran yang anda inginkan sebelum dipin.
Haa dah siap. Boleh lah korang cuba bergaya macam penyanyi no 1 negara ni okay. Goodluck!