Sesuai untuk dijadikan menu hujung minggu bila satu keluarga berkumpul.
Bagi mereka yang meminati Daging Masak Hitam, rasa Daging Palembang ini lebih kurang sama. Apa yang berbeza cuma ia tidak memerlukan rempah kari. Cara penyediaannya juga lebih mudah.
Bahan-bahan:
- 1 kg daging – potong lebar dan nipis
- 3 batang serai – dititik
- 750 ml santan pekat
- 250 gm kicap manis
- 150 ml minyak masak
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
Cara masak:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga air daging keluar. Biarkan seketika.
- Masukkan kicap, diikuti dengan santan. Biarkan mendidih hingga daging empuk.
- Kacau sekali-sekala sehingga kuah menjadi pekat dan timbul minyak.
Daging Palembang ni ada pelbagai variasi mengikut individu, namun gabungan rasa pedas dan manis kicap yang buat sajian ni special. Selamat mencuba!