Penghidap osteoporosis masih boleh kekal sihat dengan senaman yang betul.
Osteoporosis adalah penyakit tulang berliang yang melemahkan tulang akibat kekurangan kalsium. Biasanya keadaan ini dihadapi wanita bila mencecah umur sekitar menopaus. Tapi penyakit ni sebenarnya boleh dielakkan jika korang ambil berat tentang kesihatan dari usia yang muda. Anita Hutagulung, seorang pakar tulang telah memberitahu salah satu faktor utama penyakit tu boleh menimpa seseorang adalah mereka tidak peduli akan kesihatan semasa belia dan kuat.
Macam serius je, tak apa ke bersenam?
Ramai yang beranggapan pesakit osteoporosis tak patut bersenam sebab mereka akan hadapi risiko yang lebih tinggi untuk jatuh dan cedera. Namun begitu, menurut kajian senaman yang sesuai dengan tahap pesakit osteoporosis akan memberi pelbagai manfaat seperti:
- Meningkatkan daya tahan otot
- Meningkatkan keseimbangan badan
- Meningkatkan koordinasi dan fleksibiliti badan
- Mengurangkan risiko keretakan tulang
- Memperbaiki atau mengekalkan postur badan
- Mengurangkan atau melegakan sakit badan
Sebelum korang pilih dan amalkan senaman, ada beberapa perkara yang korang perlu ambil tahu. Bincang bersama professional dan kenali badan korang. Setiap individu mempunyai keperluan berbeza so korang kena buat pilihan terbaik yang bersesuaian dengan tubuh badan dan ketahanan diri.
Terdapat 2 jenis senaman yang efektif:
High impact weight-bearing exercises
Senaman jenis ni lebih sesuai untuk korang yang nak elakkan penyakit osteoporosis di hari tua. Pesakit osteoporosis disarankan untuk elak senaman ni tapi boleh dilakukan dengan kebenaran doctor/physiotherapist. Senaman dibawah membina dan menguatkan ketahanan tulang.
- Menari
- Senamrobik (impak tinggi)
- Hiking
- Jogging/running
- Jump rope
- Menaiki tangga
- Tennis
Low Impact weight-bearing exercises
Senaman jenis ni adalah alternatif lebih selamat dan praktikal untuk pesakit osteoporosis ataupun korang yang tak mampu atau gemar aktiviti di atas. Senaman kat bawah ni pun menguatkan ketahanan tulang.
- Resistance training (menggunakan dumbbells, barbells ataupun weight-training machines di gym)
- Water exercise (berenang ataupun apa-apa pergerakan di dalam air)
- Berjalan
- Senamrobik (impak rendah) atau Tai Chi
Amalan sihat dan senaman yang bersesuaian boleh memberikan korang kualiti hidup yang lebih tinggi tanpa dibelenggu penyakit osteoporosis. Jangan lupa amalkan senaman-senaman ni okay!