Selalu donut takde perisa, kali ni kita bagi donut perasa kegemaran ramai…pandan!

Ada ke peminat donut kat sini? Korang suka makan donut kat mana? Harini tak tahu la kenapa tapi datang lak mood rajin hehe jom cuba buat Donut Pandan. Asyik beli dekat luar je kan, so lebih baik buat sendiri. Boleh la berjimat sikit kan! Kalau nak buat untuk minum petang ni pun cun sangat! Jom buat semua ?

Bahan-bahan : 

  • ½ cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 11gm yis (1 paket) 
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • ½ cawan air pandan
  • 1 sudu kecil pewarna makanan hijau
A plate of food

Description automatically generated

Cara-cara : 

  1. Kacau gula gula dan susu pekat di dalam air suam. Masukkan yis. Kacau dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 10 – 15 minit. 
  2. Masukkan marjerin, minyak masak, garam dan pelembut roti ke dalam tepung. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air pandan, pewarna dan juga air bancuhan yis tadi. Uli sehingga lembut.
  4. Rehatkan doh selama 45 – 60 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda.
  5. Bentuk doh menjadi donat
  6. Biarkan doh lebih kurang 10 minit atau sehingga kembang sedikit sebelum menggoreng.
  7. Gorengkan donat di dalam minyak panas (jangan terlalu panas) dengan menggunakan api sederhana kecil.
  8. Terbalikkan donat bila bahagian bawahnya telah kekuningan. 
  9. Angkat donut yang telah dimasak dan salutkan dengan gula halus apabila sedikit sejuk. 

Tips : 

  • Uli doh 2 @ 3 kali (rehat 20min then uli 5min) ulang step 2 @ 3 kali. 
  • Biarkan doh sedikit lembik untuk dapatkan donut yang lembut.
  • Boleh adjust tepung dan air jika terlebih keras atau terlampau lembik.
  • Pastikan yis betul-betul kembang.
  • Gunakan air suam-suam kuku untuk bancuh yis.
  • Bread softener boleh digantikan dengan sebiji telur.
  • Semasa menggoreng, jangan terbalikkan donat banyak kali untuk mengelakkan donat menyerap minyak dengan banyak.

Dah buat nanti, jangan lupa hantar gambar tau! Nak tengok kecomelan donut pandan uols hihi Selamat mencuba!