Lasik adalah jawapan paling tepat untuk masalah kerabunan kronik
Lasik merupakan perubatan untuk mereka yang rabun dan yang sudah penat memakai kaca mata. Aku adalah salah seorang yang rabun dan telah membuat pembedahan lasik. Power cermin mata aku ketika itu hampir mencecah 800. Bila kau tak pakai cermin mata masa tu memang kau takkan nampak apa-apa.
Jadi aku pun buat keputusan untuk membuat pembedahan lasik. Pembedahan lasik ni ada prosedur dia tau bukan main terjah macam tu je. Haaa korang kena cari Doktor Pakar Mata. Menurut Dr. Muhaya semua doctor pakar mata adalah sama cuma harga yang berbeza-beza.
Doctor akan periksa mata korang berapa kronik sebelum membuat keputusan lasik jenis apa untuk dilakukan. Bayaran kos RM2888 sahaja untuk sepasang mata. Tapi ada yang berharga RM5k. Bergantung jenis lasik yang korang nak buat tu jugak. Kalau mata korang terlampau kronik maybe harga dan treatment yang diberi akan berbeza.
Lepas selesai membuat lasik korang akan rasa buta dalam beberapa hari untuk memulihkan balik penglihatan korang dan untuk sementara tu korang kena pakai goggles. Kalau nak kata sakit tu, sakit dia macam kena gigit semut je, prosedur dia pun tak lama sangat tak sampai 10 minit pun dah selesai. Tapi make sure masa korang nak buat Lasik ni korang kena bawak driver kalau tak bermalam la korang dekat klinik tu sebab korang tak boleh bukak mata lepas buat Lasik ni.
Selepas beberapa hari penglihatan korang jelas 100% dan tak perlu memakai kaca mata dah. So aku dah tak perlu risau power kaca mata aku cecah 1000 dah sebagainya. Alhamdulillah, mata aku dah pulih tapi kadang-kadang tu tersasul jugak konon-konon macam betulkan cermin mata dekat hidung. Yelah dah terbiasakan.
Kebaikan buat lasik ni secara keseluruhan adalah cara yang selamat kerana kurangnya risiko akibat pembedahan. Namun, mereka yang menghidap penyakit kencing manis haruslah mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum menjalankan pembedahan lasik ini kerana takut ada kesan sampingan. Seperti proses pemulihan luka menjadi lambat iaitu luka uveitis, kornea dan mata kering. So sebelum korang nak buat Lasik ni pastikan dulu kesihatan korang dalam keadaan baik sebab kita taknak nanti sakit dekat tempat lain pulak.