Dengan pemakaian yang betul semua orang boleh nampak slim! 

Kenali bentuk badan sendiri supaya tak salah memilih fesyen yang sesuai.

Pemakaian kita sebenarnya sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ini bolehlah ikut tips berpakaian untuk menampakkan diri lebih langsing. Jangan risau…semua orang ada hal untuk bergaya. So what kalau saiz kita besar sikit dari supermodel, pucuk pangkal ada kemahuan nak bergaya.

Black is sexy 

Baju yang berwarna gelap tidak semestinya warna hitam boleh memberikan effect kurus. Ada yang berpendapat bahawa warna gelap ini boleh menyembunyikan bentuk badan kita sama ada perut ataupun punggung. Selain warna hitam anda boleh mengenakan baju berwarna biru gelap, ungu gelap, marroon dan sebagainya. 

Pilih fabric material chiffon bukan spandex

Hindari diri korang dari memakai pakaian yang melekap pada badan kerana itu akan menonjolkan lagi bentuk badan anda. Fabric seperti chiffon, cotton dan crepe akan memberikan flowing effect dan memberikan keselesaan pada orang yang berbadan gempal. 

Cetakan berjalur menegak bukan melintang

Untuk mereka yang memiliki badan besar dilarang sama sekali memakai jalur berbentuk besar dan melintang. Begitu juga dengan corak atau motif yang bersaiz besar supaya tubuh tidak kelihatan semakin melebar. Kalau ingin mengenakan sebarang corak pilih corak yang kecil dan juga jalur yang melintang untuk mendapatkan effect slim itu.

Aksesori pilihan

Praktikan menggunakan aksesori yang berwarna cerah. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan rampig seperti rantai yang labuh atau panjang memberi effect kurus dan tinggi. Memakai gelang tangan besar dapat membuat pergelangan anda kelihatan kecil. Begitu juga dengan pemakaian anting-anting bersaiz besar akan membuat muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Bagi tali pinggang pula, elakkan memakai jenis yang tebal supaya tubuh anda tidak kelihatan pendek. 

Jeans atau Skirt

Buat penggemar jeans atau denim pilih denim potongan lurus kerana ia akan memberikan effect kecil pada kaki korang. Jangan memakai skinny kerana ia akan menonjolkan peha anda. Pemilihan skirt pula pastikan skirt anda sama ada skirt kembang atau skirt yang berbentuk A bagi menutup punggung dan peha.