Tertinggal beg duit takpe lagi, tapi bab botol air ni boleh mengundang perang dunia dengan ibu-ibu kat umah tau!
Ceritanya bermula apabila ambil anak di sekolah dalam jam 6.30 petang. Sesampainya kat guard tu, anakku Asyraff naik motor. Bila nak gerak, dia cakap “Ayah, beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi untuk belanja esok dan lusa”. Kemudian aku pun menjawab “Biarlah beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok”.
Sebabnya aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Dah tu kitaorg pun gerak balik. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi yang botol air pun dia tertinggal haha Srrreeetttttt! Terus aku brek kecemasan. “Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
Tak tahu la jenama apa tapi asalkan ada bunyi tupperware, tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih haha Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung, “kenapa tu bang?” “tertinggal botol air cikgu!” balasnya dari jauh. “Tupperware ke?” jerit aku lagi. “Yaaaaa!”. Masing-masing tergelak.
Kemudian laju je dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti haha Tu la, bahaya kaum wanita ni, balik lewat pun boleh kena soal siasat! Seram!
Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur, “tertinggal apa cikgu?” Selamba aku balas “Nyawa.” Kahkah. Guard tu pula senyum je dengar jawapan aku. Entah faham ke tak aku pun tak pasti. Lantakkan. Gitu je aku jawab pastu pecut balik rumah dengan rasa lega.
Sumber : Mohd Fadli Salleh