Hai ladies! Bestnya bercinta. Lagi syok kalau dpt bopren yg sweet2 cam PU Riz tu kann. Tapi tak semua kisah cinta tu berakhir dgn happily ever after. Ada banyak yang ending dia jadi macam citer horror. Seramm sgt!

Jujurnya Mommy Jay pun pernah lalui ‘bad break-ups’ ni. Tapi paling sakit bila si dia kasi ayat acah-acah care ni. Klise sgt! Kalau betul si dia tu sayang, stay la yer dak. Betulkan mana yg salah, bukan pilih utk break up. Tapi bukan lelaki jer yg amalkan ayat2 ni, ada juga perempuan dah tawar hati yg guna (kes lelaki jenis tak paham bahasa)

So, kali ni Mommy Jay nak share ngan uolls ayat2 yg bikin hati panas bila si dia nak break.

  1. Awak berhak dapat orang yang lebih baik dari saya. (Duhhh…cubalah jadi lebih baik. Alasan jer semua ni)
  2. Keluarga saya tak suka dengan orang dari negeri… (Kenapa tak tanya dulu atau mintak tengok IC sebelum nak kapel?)
  3. Saya takde harta, takde rupa paras yang awak idamkan. Saya terpaksa undur diri demi kebahagian awak. (Kalau dapat line nie, Mommy Jay pun tepuk dahi)
  4. Saya dah buat istikharah dan saya tak nampak awak dalam tu. (Hmmmmm)
  5. Saya nak kejar cita-cita dulu… saya harap awak faham. (Nak kejar awek lain cakap jer la)
  6. Saya terpaksa lepaskan awak. Mintak maaf sangat sangat. Takde niat langsung nak sakitkan hati awak. (Abis tu, mintak break tak sakitkan hati?)
  7. Saya nak bertunang dengan pilihan mak saya. (Pergghhh… pakai mak jadi modal utk break nampak)
  8. Saya nak kerja kumpul duit dulu. (Yg gatal gi try anak org tau diri tu tak cukup duit ngaper?)
  9. Maaf, awak tahu kan saya memang sayang kat awak, tapi mak saya tak restu hubungan ini. (Amende ni. Kalau sayang, yakinkan la mak tu supaya suka.)
  10. Saya ada perkara lain yang penting nak uruskan buat masa ni. (Then kenapa ajak kapel?)
  11. Saya sayang awak, tapi sayang dia jugak. Nak kena kahwin dua-dua ke? (Tahap dewa-dewa ni!)
  12. Kita ni banyak perbezaannya. (Carilah persamaan, ini idak.)
  13. Saya masih tak boleh nak lupakan ex saya. (Sila meninggal!)
  14. Kalau ada jodoh, jangan risau, kita pasti bersatu semula. (Takpelah, untung saya tak berjodoh ngan awak)
  1. Saya rasa kita belum ready utk ada komitmen. (Seyes a, masa ajak kapel tak pikir ker)
  2. Awak terlalu baik untuk saya. Saya rasa tak layak untuk awak. (Arrrggghhh…!)
  3. Mak saya memilih sikit. Dia nak bakal menantu dia kerja kerajaan baru terjamin masa depan. (WHATTTT?)
  4. Saya masih ambil berat tentang walaupun kita tak bersama. (Tak payah. Semak jer)
  5. Rasanya kita memerlukan org yang faham kita. (Ish ish ish, parah la camni)
  6. Saya tak bersedia lagi la untuk semua ni. (Allahu… apa punya alasan ni)
  7. Saya yakin sesiapa yang jadi pasangan awak nanti, dialah orang yang paling bertuah. (of coz… sebab tu bukan awak yg saya pilih… phuiii)
  8. Mak saya dah carikan jodoh untuk saya… saya kena ikut pilihan mak saya kalau nak bahagia. (kesiannnnnn mommy’s boy!)
  9. Walaupun kita tak ada jodoh, tapi saya masih nak kita berkawan. (Tak nakkk!)
  10. Saya sayang awak,tapi macam kawan je… tak lebih daripada tu. (Takmo kawan lah. Penipu!)
  11. Saya perlukan ruang untuk bersendirian. (Dah ader awek baru la tu)
  1. Buat masa ni, saya nak fokus pada kerja/belajar/keluarga saya dulu. (Masa ajak kapel dulu tak pikir pun nak fokus kan…dasar jantan murahan)
  2. Saya harap hubungan kita ni menjadi,tapi nampaknya setakat ini jodoh kita. (dah, salah jodoh pulak)
  3. Saya tak mampu bersama awak lagi. (Yg ni Mommy Jay tak mampu nak brain. Giler apa?)
  4. Saya ada barah otak, saya tak nak awak sunyi bila saya dah takde nanti. Awak cari lah yang sihat supaya awak boleh terus bahagia. (Tampor nak?)

Ok la ladies, Mommy Jay harap uolls tak terjebak ngan lelaki yg suka bagi alasan macam kat atas ni. Semoga uolls berjodoh dgn pasangan yang pandai menghargai dan menjaga hubungan. Mana yg tgh patah hati tu, nanti Mommy Jay kasi tips camner nak move on yer. Good luck ladies! xoxo

Kredit gambar utama: freepik.com