Sebagai tanda protes harga sayuran naik, seorang pengantin perempuan nekad menggantikan bunga tangan di hari bahagianya dengan kalungan bawang 4kg.

Pengantin dari Filipina ini pada awalnya mahu menggunakan sejambak bunga tradisional, sebelum melihat sejambak bawang unik di media sosial sebelum mencadangkan idea tersebut kepada pasangannya.

Memberitahu bahawa bunga akan layu dan akhirnya dibuang, pengantin perempuan April Lyka Biorrey-Nobis, 28 tahun berkata sekiranya menggunakan bawang, ia boleh dimakan selepas majlis perkahwinan.

Bukan sahaja pengantin, tetapi para bridesmaid juga menggunakan bawang sebagai kalungan tangan. 

Yang bagusnya, kalungan bawang ni lebih murah harganya daripada kalungan bunga yang mahu mereka gunakan sebelum ini. Hampir separuh daripada kos boleh dijimatkan!

Dekat Malaysia, minmin rasa nak pakai telur la. Almaklumlah, telur dah makin mahal. 

Sumber: Mothership via Iloilo Metropolitan Times