KATA orang, lelaki ini lebih sukar dibaca gerak-gerinya dan lebih sukar meluahkan rasa suka atau sayang jika dibandingkan dengan wanita. Eh, betul ke?
Memahami perasaan lelaki terhadap kita ini bukanlah mudah. Kalau tak diungkapkan, kita tak tahu, betul tak? Namun, ada juga lelaki yang pemalu dan mulutnya berat betul nak mengungkapkan kata suka. Katanya, sebagai perempuan, you kenalah faham-faham sendiri. Eh, kita pulak ke kena faham?
Haa okay di sini min nak share kan tips macam mana nak tahu kalau si jejaka itu sebenarnya sudah mula sukakan anda.
– Meniru cara dan gaya si gadis
Perasan tak, bila kita sudah mula tertarik pada seseorang, kita akan meniru gaya percakapan dan lenggok tubuh seseorang? Samalah juga konsepnya dengan lelaki. Perhatikan si dia semasa sedang bercakap. Ada tak si dia meniru gaya dan aksi anda? Kalau ada, haa dah jatuh hatilah tu.
– Membuat eye-contact
Lelaki biasanya lebih segan untuk merenung ke dalam mata si gadis apabila berbicara. Tetapi, lelaki yang sukakan anda akan cenderung untuk membuat eye-contact dan akan merenung tepat ke anak mata orang yang disukainya. Kalau tak suka, kenapa nak hold eye-contact kan? Jadi, perhatikan, si jejaka selalu tak buat eye-contact dengan uols?
– Menyentuh anda
Okay jangan salah anggap. Ada jugak lelaki yang suka pegang-pegang ni sebab dia gatal! That one is a no-no! Kajian menunjukkan lelaki atau pun wanita sama sahaja sifatnya iaitu mereka mahu menyentuh individu yang disukai. Skin to skin contact gitu. Sentuhan yang dimaksudkan bukanlah sentuhan seksual, ia lebih kepada sentuhan tangan saat sedang makan dan juga mungkin si dia adakalanya menyentuh bahu atau menarik kamu lebih rapat ke arahnya semasa melintas jalan. Sentuhan begini adakalanya berlaku luar sedar dan dilakukan si dia kerana sudah tertarik kepada kamu.
– Mendekatkan badan
Macam point dekat atas tadi, haa yang ni min rasa ramai faham kot. Kalau berjalan tu kan, perasan tak kadang-kadang si dia akan berjalan rapat dan dekat dengan uols. Okay, maksudnya dia nak sentiasa berada dekat dengan uols lah tu! Hehe. Lelaki juga ada sifat protective yang tinggi so bila dia berjalan dekat tu adalah kerana dia ingin melindungi anda.
– Sering bertanya soalan
Biasalah, kalau kita ingin mengenali seseorang dengan lebih mendalam, kita akan bertanya banyak soalan kepada mereka kan? Iyalah, kalau tak tanya dan tak tahu macam mana nak kenal. Perhatikan, ada tak si dia tanya soalan pada kamu, contohnya macam jumlah adik beradik ke atau mungkin soalan simple tentang kamu makan apa hari ini for lunch. Haaa dia nak kenal lah tu, dia nak tahu makanan kegemaran kamu dan juga nak tahu cara kamu berfikir. Ini semua merupakan indicator ya girls. Jangan lah rasa rimas pulak jika dia banyak tanya soalan-soalan begini.
– Beri perhatian
Alahaiii seronok kan bila ada orang caring dengan kita? Contohnya memastikan kita selamat sampai rumah, bertanya tentang apa yang kita nak atau pun beri jaket kalau kita kesejukan. Kalau si jejaka tu dah mula caring, maksudnya dia suka lah tu.
– Ingat perkara kecil yang diberitahu
Orang yang sukakan uols akan ingat semua benda yang diungkapkan kepada mereka walaupun benda tu kecik je. Contoh, makanan kesukaan atau apa yang berlaku kepada kamu semalam. Perempuan sifatnya kan suka bercerita, kadang-kadang tu rasa nak bercerita je, sekadar berkongsi. Eh, tiba-tiba si dia ingat pulak apa yang kita cerita tu padahal tak penting pun. Haa itu maksudnya dia bagi perhatian sebab dia dah mula suka.
– Memberi hadiah
Okay, kalau hari lahir tu memang lah bagi hadiah kan. Tapi kalau tiba-tiba hantar bunga ke pejabat tanpa sebab, itu maksudnya dia suka dekat uols dan sedang cuba mengorat uols. Hadiah-hadiah random begini memang antara tanda besar si jejaka sudah mula jatuh hati.
Okay, si jejaka yang sedang berkawan dengan uols tu ada ciri-ciri begini tak? Kalau ada, min rasa tak salah pun bertanya atau beri hint sedikit padanya dan mulakan langkah mengorat dia pula!
Zaman sekarang ni tak kisah dah perigi cari timba. Lebih baik begitu daripada masing-masing memendam perasaan dek kerana malu, last-last melepas. Sedih tau.
Okay girls, good luck!