Antara perkara yang wajib dan penting untuk memilih produk skincare adalah memastikan kandungan produk tersebut. Produk yang memiliki kualiti yang bagus, akan membantu dalam memberikan hasil yang terbaik.
Jadi, bahan apakah yang perlu ada di dalam produk kecantikan dan bagus untuk kulit muka anda?
– Hyaluronic Acid
Asid hyaluronic bermanfaat untuk menstabilkan kadar air yang ada di dalam lapisan dermis kulit. Dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan ini, kadar air yang terdapat di dalam kulit akan bertambah baik. Hasilnya, kulit akan tampak lebih bercahaya, kenyal, dan awet muda.
– Caffeine
Selulit adalah masalah kulit lainnya yang juga cukup mengganggu penampilan. Inilah manfaat kafein bagi kecantikan kulit. Kafein dapat menarik cairan dari lemak-lemak yang tertimbun di dalam lapisan kulit, dan membantu memperbaiki teksturnya kembali. Produk perawatan selulit yang mengandungi kafein dipercayai dapat berfungsi lebih baik daripada produk yang tidak mengandungi kafein.
– Alpha Hydroxy Acids (AHA)
Selalu kan nampak AHA ni dilabel dalam produk skincare? AHA ini berfungsi untuk membantu mengurangkan kedutan atau garis halus, bukan hanya pada wajah, tetapi juga di bahagian kulit yang lain. Ia juga berfungsi untuk meratakan tona kulit wajah, membuang sel-sel kulit mati, dan mengecilkan pori-pori besar. Jika digunakan untuk krim rawatan wajah, dengan pemakaian yang betul dan teratur, secara perlahan-lahan kulit akan mengalami penggelupasan. Tetapi jangan risau, kerana penggelupasan bertujuan untuk melahirkan sel-sel kulit yang baru. Hasilnya, wajah akan tampak lebih segar dan tampak lebih muda.
– Minyak Kelapa Muda
Pernah mengeluh jerawat muncul di wajah setelah menggunakan krim? Anda tidak akan menemukannya di dalam produk yang mengandungi minyak kelapa ini. Muka anda akan kelihatan sedikit berminyak, tapi dijamin bebas dari jerawat serta iritasi. Minyak kelapa juga bermanfaat untuk membuang racun yang ada di dalam kulit, akibat pemakaian kosmetik yang kurang tepat.
– Magnesium Ascorbyl Phosphate
Produk yang mengandungi bahan ini akan membantu menghilangkan bekas luka atau jerawat, mengurangi kedutan pada wajah, dan membuat tona kulit lebih sekata. Jadi, wajah yang segar, bercahaya, dan awet muda mampu menjadi milik anda dengan mudah. Kuncinya adalah anda mestilah lebih bijak dalam memilih sesuatu produk kecantikan.