5 sebab kena galakkan anak-anak ada haiwan peliharaan

Kak Jah teringat lagi masa anak Kak Jah yang sulung tu mintak dibelikan seekor kucing sempena hadiah hari lahir ke-6 dia. Masa tu Kak Jah memang tak bagi sebab yelah nak bela haiwan ni perlukan banyak komitmen betul tak.

Lagi pun Kak Jah risau kalau dia sibuk sekolah nanti takde masa pulak nak uruskan haiwan peliharaan. Tapi, sebenarnya banyak kebaikan bagi anak bela haiwan peliharaan ni.

Sini Kak Jah share 5 kelebihan ajar anak bela haiwan peliharaan.

1.   Menenangkan

A picture containing cat, indoor, person, mammal

Description automatically generated

Haiwan mempunyai aura tersendiri untuk membawa rasa tenang kepada kanak-kanak. Beberapa kanak-kanak didapati adalah lebih tenang apabila berada di sekitar haiwan kesayangan mereka daripada manusia lain. Seperti orang dewasa, kanak-kanak beralih kepada haiwan kesayangan mereka apabila mereka berasa sedih, muram atau marah. Yang ajaibnya, haiwan kesayangan ini akan membawa ketenangan kepada tuannya dalam apa jua keadaan tanpa sebarang syarat.

2.   Belajar Tentang Komitmen

A person holding a person smiling at the camera

Description automatically generated

Membesar dengan haiwan kesayangan adalah satu komitmen yang besar. Haiwan peliharaan bukan seperti mainan yang kanak-kanak boleh letakkan di rak apabila mereka bosan menjaga mereka. Mereka perlu diberi makan, dibersihkan, diajak bermain dan disayangi setiap hari. Memelihara haiwan kesayangan adalah satu komitmen dan tidak boleh dianggap sebagai kerja sambilan. Ini mengajar kanak-kanak menjadi lebih komited melakukan tugas tersebut.

3.   Rasa tanggungjawab

A dog sitting in front of a tub

Description automatically generated

Haiwan peliharaan akan membangunkan rasa tanggungjawab dan sikap prihatin terhadap orang lain di peringkat awal kehidupan kanak-kanak. Haiwan memerlukan penjagaan dan perhatian setiap masa. Mereka bergantung kepada manusia bagi memberi makan dan menghiburkan mereka dan sebagai pemilik haiwan, anak-anak akan menjadi lebih bertanggungjawab.

4.   Lebih aktif

A person holding a small rodent in a hand

Description automatically generated

Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membuatkan anak anda  menjadi lebih aktif dan cergas. Dalam menjaga haiwan peliharaan juga banyak aktiviti fizikal yang akan dilakukan anda anda dan menyebabkan mereka bergerak aktif dan sihat.

5.   Meningkatkan Kemahiran Membaca

A picture containing person, sitting, boy, small

Description automatically generated

Ramai kanak-kanak lebih selesa membaca dengan kuat di hadapan haiwan peliharaan daripada mereka di hadapan manusia yang lain. Mungkin kerana haiwan tidak menghakim – haiwan tidak membetulkan anak-anak dan membuat mereka membaca semula. Dasarnya untuk meningkatkan kemahiran membaca adalah untuk mengamalkannya berulang kali.

Haaa kalau rasa taknak beli kucing mahal-mahal, mommies boleh ajak anak adopt haiwan peliharaan ya. Sama-sama jaga, besar pahala jaga haiwan ni.