Gambar : mingguan wanita
Cik Ju kalau cakap pasal anak ni memang cepat je mengalir air mata. Lagi pulak kalau kisah yang sedih-sedih, anak lemas lah, anak terbakar dalam rumah la, didera lah, Cik Ju harap Cik ju tak kena lah insiden macam tu.
Well, anak Cik Ju bukan ramai, itu jelah pengarang jantung hati Cik Ju.
Tapi kalau ramai anak pun, Cik Ju tetap sayang semua, sama adil sama rata. Cik Ju ni jiwa mak-mak hati lembut tak boleh dengar benda- benda yang susah hati, nanti Cik Ju kecut perut.
So bila Cik ju baca kes semalam tentang bayi yang ditinggal dalam buaian meninggal dalam kebakaran, luluh hati Cik Ju.
Sudah tentu beribu penyesalan apabila anak yang ditinggalkan di rumah sendirian meninggal dunia dalam kebakaran. Namun jangan terlalu cepat menghukum, mungkin mak ini mempunyai alasan yang tersendiri meninggalkan bayinya yang berusia 10 bulan di rumah.
Cik Ju ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap keluarga ini tabah menerima kehilangan bayi yang amat disayangi. Al-Fatihah. Bayangkan bagaimana perasaannya melihat bayi yang ditinggalkan meninggal dalam kebakaran, sudah tentu luluh hati Cik Ju, semua orang akan rasa benda yang sama.
Luluh hati seorang ibu apabila melihat jenazah bayi perempuannya yang berada di dalam buaian dalam keadaan kedua-dua tangan ke atas seperti meminta diselamatkan selepas kebakaran rumah mereka di Kampung Bangkahulu, Gemas, Tampin, baru-baru ini.
Ibu mangsa, Fatimah Mohamed, 33, sebaik pulang daripada berurusan di Pejabat Pos Gemas, dia nampak asap dari luar kediaman dan terus terbayangkan anaknya.
“Sebaik sampai, saya terus masuk ke dalam rumah menerusi pintu depan dan pada mulanya, mengharapkan bayi selamat.
“Bagaimanapun, saya tidak dapat menahan air mata sebaik melihat bayi meninggal dunia dengan kesan terbakar di dalam buaiannya,” katanya kepada Harian Metro.
Cik Ju menulis ni pun dah meleleh air mata, please lah mommy jangan tinggal anak sorang-sorang walaupun dekat mana pun kita berada. Bawa je anak-anak ni pergi ke mana-mana walaupun uols rasa susah sikit. But pergi kerja jangan la bawa, adui..
Bayi Dibiar Dalam Buai Elektrik
Dalam kejadian 11.35 pagi hari ini, mangsa, Siti Nur Aini Zulimi, 10 bulan meninggal dunia dalam kebakaran di kediaman keluarganya.
Fatimah berkata, dia keluar menaiki motosikal ke bandar Gemas pada 11 pagi bersama anak lelakinya berusia dua tahun.
Katanya, ketika itu, bayinya itu sedang tidur di dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah dan sebelum itu, dia berpesan kepada jiran supaya menjenguk bayinya itu.
“Tidak sampai 25 minit apabila kembali semula ke rumah, saya terlihat asap tebal menyelubungi ruang tamu dan berdebar memikirkan nasib anak saya.
“Saya segera menghubungi bomba sekali lagi manakala jiran dan penduduk setempat turut membantu memadamkan kebakaran di ruang tamu.
“Kesan kebakaran di ruang tamu itu turut merosakkan sofa, almari dan televisyen selain pakaian persekolahan anak lain di bilik tidur utama kesan bahang api,” katanya.
So mommies please lah jadikan kes ini sebagai pengajaran, jangan biarkan anak korang tidur dekat rumah sorang-sorang, Awasi anak korang sebaiknya dan utamakan keselamatan anak berbanding perkara lain. Malang tidak berbau. Kejadian ini mungkin dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.