Kek marble macam ni memang sangatlah ringkas dan senang nak disediakan. Rasanya pun sedap dan disukai ramai. Kek macam ni pun boleh sangat kalau nak jamu suami lepas balik kerja tu. Pair pulak dengan teh o panas, haih memang onz! 

A close up of a colorful wallDescription automatically generated

So today Kak Jah nak share dengan korang resepi kek marble pelangi daripada akaun Instagram favourite Kak Jah iaitu @surianti_kitchen ni.

Haa cepatlah sediakan perkakas! Hehe!

Bahan-bahan :

250 g mentega – dadukan 

220 g gula kastor (boleh kurangkan)

4 biji telur gred A (gred A atau B pakai 4 biji)

1 sudu kecil esen vanila

50 ml susu segar (atau susu cair)

250 g tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 

1 sudu kecil baking powder) – ayak

2 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat.

2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. (Selang 1 minit setiap kali)

3. Masukkan esen vanila.

4. Perlahankan mixer. Masukkan susu segar berselang seli dengan tepung hingga habis.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Saya letakkan 1 bahagian dengan serbuk koko dan lagi satu warna asal.

6. Griskan loyang. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi.

7. Sendukkan adunan berselang seli ke dalam loyang hingga habis. Hentak sedikit loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara.

8. Panaskan dahulu oven selama 10 minit dan bakar hingga masak, pakai api atas & bawah (lain oven, lainlah suhu dan masa membakar. Jangan nanti ada yang cakap keknya tak masak/hangus sebab ikut suhu oven saya ya ? Oven saya suhunya 160’C selama 50 minit)

9. Angkat kek dan sejukkan di redai.

Dah boleh potong untuk cik abang. Atau kalau mak mertua tiba-tiba datang singgah pun boleh sangat nak prepare dan buat ni sebab zassss siap.

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim, Rabu 15/8/18, . Video kek tadi hilang? Ok saya post kan lagi sekali.. maaf, saya pun pelik ? . Baca resepi sampai habis ya ✌️ramai yang pernah cuba resepi ini & mendapat hasil yang baik #alhamdulillah ? *terpaksa lajukan video untuk cukupkan durasi 1 minit. . Marble Butter Cake (loyang 8×8 inci) @surianti_kitchen . Bahan-bahan : 250 g mentega – dadukan 220 g gula kastor (boleh kurangkan) 4 biji telur gred A (gred A atau B pakai 4 biji) 1 sudu kecil esen vanila 50 ml susu segar (atau susu cair) 250 g tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder) – ayak 2 sudu besar serbuk koko . . Cara penyediaan : 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat. 2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. (Selang 1 minit setiap kali) 3. Masukkan esen vanila. 4. Perlahankan mixer. Masukkan susu segar berselang seli dengan tepung hingga habis. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Saya letakkan 1 bahagian dengan serbuk koko dan lagi satu warna asal. 6. Griskan loyang. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. 7. Sendukkan adunan berselang seli ke dalam loyang hingga habis. Hentak sedikit loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara. 8. Panaskan dahulu oven selama 10 minit dan bakar hingga masak, pakai api atas & bawah (lain oven, lainlah suhu dan masa membakar. Jangan nanti ada yang cakap keknya tak masak/hangus sebab ikut suhu oven saya ya ? Oven saya suhunya 160'C selama 50 minit) 9. Angkat kek dan sejukkan di redai. . . #jendeladapursurianti #homecooked #instafood #foodie #food #foodporn #simple #simpleyetdelicious #instapic #chef #chefoninstagram #cake #cakes #marblecake #marblebuttercake #buttercake #marblebuttercakesurianti #teatime

A post shared by surianti_kitchen (@surianti_kitchen) on