Masa tengah mengandung, memang disarankan untuk tengok benda-benda yang baik, cakap yang positif dan fikiran pun kena tenang tanpa emosi. 

Tapi itulah, ragam orang mengandung ni memang pelik-pelik kadang tu. Sampaikan permintaan dia tu buat si suami garu kepala nak tunaikan ke tidak. Kalau tak tunaikan, karang merajuk pulak. Lagi jenuh.

Dalam banyak-banyak mengidam ada 2 mengidam yang paling pelik pernah sis baca. 

1. Mengidam nak naik UFO

Walaupun kisah ni dah lama, tapi kisah mengidam rare yang sis baca dekat Page Info Ibu Hamil nilah yang paling susah sis nak lupa.

Si isteri tiap-tiap malam beritahu si suami yang dia nak naik UFO. Daripada rasa nak gelak boleh bawa sampai rasa nak marah sebab isteri dia duk ulang permintaan yang sama.

Yelah, mana nak cari UFO weh? Takkan nak terbang pergi naik bulan pulak kan cari alien.

Bila si isteri dah sampai menangis nakkan naik UFO, si suami ni ceritakan dekat mak dia. Then dapatlah cadangan supaya bawak je isteri dia naik UFO mainan dekat Tesco yang bila masukkan token dia akan bergerak tu.

Dan isterinya memang happy betul dapat naik UFO tu walaupun UFO mainan je.

2. Nak masuk bilik mayat

Ini memang rare, tapi dinasihatkan supaya tak diikut. Kata si ibu yang hamil tu dia rasa teringin nak masuk bilik mayat bila terbaca satu artikel pasal bilik mayat. 

Walaupun sebelum ni dia kata dia memang penakut, tapi entah kenapa tiba-tiba rasa teringin nak masuk bilik mayat pulak.

Tapi bila baca nasihat netizen supaya tak ikutkan sangat rasa mengidam tu sebab risau apa-apa jadi nanti pada bayi nanti, terus dia batalkan niat ikut pergi melawat rumah mayat dengan mak mentuanya.

Dalam banyak mengidam yang sis pernah dengar bagi sis dua nilah yang paling rare. Korang pulak pernah mengidam yang pelik-pelik tak sampai cik abang garu kepala mikir?