Cakap pasal kesuburan wanita ni memang sesuatu yang sensitif. Kak Jah masa mula-mula nak kahwin dulu pun selalu risau what if tak subur sebab yelah kita selalu dengar tak subur ni menyebabkan kita tak boleh pregnant kan. So faham sangat rasa risau tu.
Ketidaksuburan seseorang wanita itu juga boleh menjadi lambang diri sendiri. Sebenarnya masalah kemandulan ini masih boleh dirawat dengan melakukan pembedahan ataupun ubat-ubatan. Malah wanita yang menginginkan cahaya mata. Pada mereka yang sudah lama mendirikan rumahtangga sehingga menunggu masa selama setahun untuk mendapatkan zuriat sehingga sanggup melakukan apa saja demi ingin merasai nikmat terindah itu. Normal atau tidak tanda tidak subur berlaku di kalangan wanita?
1. Tidak datang period
Selepas melepaskan kawalan kelahiran, selalunya akan mengambil masa selama beberapa bulan bagi mengawal kitaran haid. Kalau tak period tu maksudnya tak ovulate dan kurang lah peluang untuk mengandung tanpa bantuan rawatan.
2. Period tak teratur
Kalau korang kerap mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan tidak tahu bila ia terjadi. Kitaran haid yang berlaku secara sporadis adalah salah satu petunjuk tentang gangguan ovulasi yang tidak seimbang dan proses persenyawaan semakin sukar. Sindrom ovarium polikistik, ketidakseimbangan tiroid dan amenorea hipotalamik (pemberhentian menstruasi kerana terlalu banyak latihan dan kekurangan makanan). Haid yang tidak teratur juga merupakan salah satu tanda rizab induk telur yang semakin menurun disebabkan oleh endometriosis ataupun kegagalan ovari awal.
3. Pendarahan antara kitaran period
Seorang wanita akan mengalami pendarahan setiap kali mentruasi. Menurut Dr. Talebian, pendarahan di antara jadual haid atau selepas berhubungan seks boleh menunjukkan polip uterus atau fibroid, atau berlakunya kecederaan pada serviks. Selain sukar untuk mengandung, pendarahan juga perlu diperiksa oleh doktor pakar bagi mengetahui sejauh mana hal-hal sebegini berkaitan kanser.
4. Darah period yang terlalu banyak
Sekiranya darah haid mengeluarkan jumlah yang banyak dalam satu jam selama beberapa jam tidak kira darah besar ataupun pendarahan, itu diklasifikasikan sebagai masalah yang berat. ia juga boleh menjadi tanda fibroid pada pangkal rahim ujar, Dr Marcy F. Maguire yang merupakan seorang ahli Endokrinologi reproduktif di Associated Medicine Reproductive New Jersey.
Mengalami mentruasi berat juga berkaitan dengan gangguan pendarahan yang tertentu ataupun ketidakseimbangan endokrin. Fibroid juga boleh mengecut ataupun mengalami pembedahan jika mereka menghalang kehamilan. Sementara gangguan darah boleh dirawat dengan ubat-ubatan.
5. Pinggul kebas
Selalu tak rasa kebas dan sakit yang teruk pada bahagian pinggul etiap kali selepas berhubungan intim atau selepas period? Ini dipanggil endometriosis. Tisu yang sepatutnya menghubungkan rongga-rongga rahim yang berada di luar rahim di pinggul. Ini mengurangkan kesuburan pada wanita dan mereka sangat disyorkan melakukan rawatan kesuburan. Rasa sakit pada pinggul yang diikuti dnegan gejala demam dan pembuangan vagina yang tak normal merupakan salah satu tanda jangkitan yang perlu diambil serius.
So kalau korang rasa ada gejala-gejala yang dekat atas ni, Kak Jah nasihatkan berjumpalah dengan pakar dan dapatkan rawatan terbaik okay.