Kalau bercakap pasal self-love, apa yang kitorang faham? Kita selalu dengar perkataan ni tapi sejauh mana kita faham apa itu self love? Self love ialah the act of menghargai dan menyayangi diri sendiri dan always bersyukur dengan jalan hidup korang.
Kadangkala adalah lebih mudah menyayangi orang lain berbanding diri sendiri. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang lain, namun kita gagal dalam menghormati dan mencintai diri sendiri. Kita memang perlu buat baik dengan orang lain, namun tetap perlu bersederhana dan berhati-hati.
So Kak Jah nak cerita sikit lah, apabila kita mencintai diri sendiri, kehidupan menjadi lebih baik dan teratur. Diri terasa lebih bahagia. Kita dapat lakukan pekerjaan yang dikehendaki. Miliki pendapatan hasil titik peluh sendiri. Hubungan semakin bertambah baik, yang negatif dibuang jauh dan yang baru dimulakan. Tapi bagaimana nak mula cintakan diri sendiri ni?
– Stop kritik diri
Nampak macam mudah tetapi berapa ramai yang asyik mengkritik diri sendiri? Kritikan tidak pernah mengubah sesuatu. Yang pasti menjadi terlalu kritikan terhadap diri akan meningkatkan tahap tekanan. Fahami keunikan, kekuatan dan batasan anda. Tingkatkan diri dan bersyukur atau kekuatan, dan menerima kekurangan diri dengan hati yang tenang. Terima diri kitorang seadanya tapi improve menjadi better.
– Maafkan Diri Sendiri
Biarkan masa lampau berlalu pergi, jangan difikir dan dikenang jika ia menyakitkan. Kecewa, sedih, marah, adalah perasaan yang normal. Tapi jangan biarkan semua itu menguasai diri anda. Belajar untuk menguruskan emosi dengan lebih baik.
– Bersyukur
Bila bangun dari tidur, sebaiknya awal pagi, tetapkan fikiran yang positif dengan berterima kasih korang boleh bangun dalam keadaan yang sihat dan bersedia untuk mengharungi hari.
– Tentukan Matlamat Hidup
Selain matlamat jangka panjang, tentukan juga matlamat jangka pendek. Mampu mencapai matlamat jangka pendek mewujudkan kepuasan dan mendorong korang untuk mencapai matlamat lain. Sebagai contoh, jika minat anda lebih kepada baking, cuba belajar dari chef profesional, sentiasa berlatih untuk mendapat kepuasan. Practice Makes Perfect!
– Have “Me-Time”
Setiap hari buat perkara yang sama, kali ini cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang korang suka or just be alone with yourself. Kalau korang nak window shopping sorang-sorang, go ahead. Jika ingin backpacking mulakan perancangan dan bincang dengan keluarga. Ini tidak bermakna korang tidak bertanggungjawab untuk anak-anak atau keluarga malah kerja tapi ini maksudnya korang boleh cas balik bateri dan energy diri.
– Jaga Kesihatan
Mula bersenam dengan kerap, pilih yang paling korang suka dan jangan cepat bosan. Makan makanan berkhasiat, dapatkan tidur yang cukup serta minum banyak air. Ini semua penting untuk menangkis tekanan.
– Jangan Banding Beza Dengan Orang Lain
Berhenti membandingkan diri dengan orang, ini tabiat yang selalu kita lakukan antara sedar atau tidak. Setiap orang mempunyai cara hidup, nasib, perjalanan hidup dan kebahagiaan mereka. Kita sama sekali tidak akan sama dengan yang lain. INGAT NI!
– Puji Dan Sokong Diri Anda
Kritikan semata-mata akan merosakkan semangat tetapi pujian membinanya. Puji diri korang seberapa banyak yang korang boleh. Beritahu diri sendiri apa yang korang sedang lakukan itulah yang terbaik. Tepuk bahu kiri dan kanan, dan tell yourself you dah buat yang terbaik. For example, “You’ll be fine, Timah, but right now you have to keep going,” TELL YOURSELF THAT EVERYDAY.