Antara cicak dengan lipas, Sis Yana paling benci lipas. Cicak tu gelilah jugak, cuma boleh control lagi. Kalau lipas? Memang sis tak boleh control langsung kegelian tu. Asal nampak terus maksimum rasa geli dia.

Tapi cicak ni memang punca betullah rumah jadi kotor. Mesti mana-mana pun akan ada peninggalan dia yang warna hitam putih tu. Eii, benci. Dah jadi satu kerja nak cuci.

Bila dia mati pula, bau bangkai dia memang boleh melekat seminggu tak hilang. Dahlah jenis suka merayap entah mana-mana. Jadi kerja kita pula nak cari bangkai dia tu. Kalau tak buang karang, boleh pengsan dibuatnya bau bangkai dia.

Untuk kali ni sis nak share macam mana korang boleh hapuskan terus kewujudan makhluk reptilia ni dari dalam rumah korang.

1. Kulit telur

Kalau manusia tak suka bau telur tembelang, cicak dan makhluk perosak lain ni alah sikit dengan bau telur. Korang boleh letak kulit telur dekat kawasan-kawasan laluan cicak macam dekat pintu atau pun tingkap.

Setiap dua minggu, tukarkan dengan kulit telur baru. Telur tu tak perlu hancurkan pun. Letak je besar macam tu. Kalau nak guna kulit telur lain pun boleh. Contohnya macam kulit telur burung unta ke…

Kredit: Prirodno Blog

Eh, sis nak pesan. Jangan pula korang lupa korang letak kulit telur ni dekat mana. Nanti tak pasal-pasal, bila tak jumpa mana korang letak habis bau telur satu rumah. 

2. Lada hitam

Bau lada hitam yang kuat ni akan sebabkan cicak lari. Selain daripada tu, lada hitam juga keluarkan haba yang boleh sebabkan cicak rasa panas.

Kredit: Tribun News

Caranya taburkan dekat laluan cicak, korang akan perasan nanti rumah korang bukan setakat tak ada cicak, semut pun tak berani datang.

3. Serai

Bau serai yang kuat sebabkan cicak tak suka nak datang rumah korang. Memanglah serai ni pelengkap rasa kesedapan tomyam, tapi cicak memang tak suka. Silap-silap hari bulan, dorang boleh mati.

Kalau korang rasa susah nak dapatkan serai, korang boleh je beli dekat kedai spray. Boleh cari spray serai. Kalau boleh dapatkan yang water based tau. Dekat Mr. DIY pun ada. Murah je.

Kredit: Lazada

Nanti korang spray je dekat tempat-tempat yang dia suka datang. Confirm dalam masa kurang seminggu, korang akan perasan cicak dah kurang dalam rumah. Eh spray serai ni memang wangi tau. Memang 2 in 1 – sambil halau cicak, sambil wangikan rumah.

4. Perangkap lipas

Selain boleh guna untuk perangkap lipas, korang boleh juga tangkap cicak. Nak beli, sis sarankan korang beli yang korang tak nampak isi dalam dia – bentuk macam kotak kat bawah ni. 

Sebab apa nanti masa nak buang, tak adalah korang geli tengok betapa banyaknya makhluk perosak yang ada kat dalam tu.

5. Bawang putih

Yang ni memang mudah. Korang gunakan je stok bawang putih yang ada tu, letak dekat kawasan laluan cicak. Kenapa cicak tak suka bawang putih? Sebab bawang putih bau dia kuat, jadi cicak akan lari dan elakkan kawasan yang ada bawang putih.

Kalau korang tak rajin, tak perlu nak kupas kulit pun. Korang tumbuk kasar je bawang putih sekali dengan kulit dia dan letakkan dekat tempat sepatutnya. Nak nampak kemas, buanglah kulit dia macam yang sis Yana selalu buat. Itu lebih baik.

Sis rasa 5 cara ni pun dah cukup nak halau cicak daripada berkampung kat rumah korang. Daripada anak cicak sampailah ke atuk nenek cicak semuanya lari kalau korang guna cara ni.

Jadi pilihlah antara 5 cara yang sis bagi ni, korang nak guna yang macam macam mana. Macam biasa, kalau korang ada tip lain halau cicak, bolehlah share dengan sis dekat komen FB Sinaran Wanita. Kalau korang guna cara sis kongsi ni, pun boleh share feedback tau.

Selamat mencuba!