10 tips dan trick memasak pikat hati mak mertua ketika masak di dapur!

Sumber : thevocket.com 

Baru-baru kahwin ni, memang ramai yang tak tahu masak, benda tu normal. Min dulu pun macam tu jugak, bila nak masak je mula la menggelupur min call mak, tanya bawang nak berapa biji, minyak nak banyak mana, lepas tu esok lusa dah lupa call lagi. Mak min memang pening kepala. 

Tapi sebelum nak masak tu kena la ada trick dia biat mak mertua tengok teraturnya menantu aku masak, tak gopoh, kemas, bersih tu penting, yakin la mak mertua kita nak makan. Tak gitu?

Jadi, min bantu korang sikit-sikit tentang tips dan trick mudah saat berperang di dapur.

1 : Cara memarut keju dengan elok.

Sumber Gambar: southernfoodways.org

Simpan terlebih dahulu keju ke dalam peti sejuk, kemudian barulah uols memarut sehingga menghasilkan parutan yang lebih rapi.

2. Mengupas kentang agar lebih mudah.

Sumber Gambar: storyfox.de

Potong nipis melingkar di kulit kentang, kemudian rebus kentang tersebut selama lima minit. Selesai direbus, terus masukkan ke dalam mangkuk air sejuk dan tunggu lagi selama lima minit. Dijamin kulit kentang lebih mudah dikupas dan kentang tidak akan menjadi coklat.

3. Menyimpan beras agar tidak berbau hapak dan bebas dari kutu.

Image result for rice non basmati

Ambil dua helai daun pandan, kemudian letakkan ke dalam tempat penyimpanan beras.

4. Memarut kelapa agar menghasilkan banyak santan.

Image result for bourbon ball

Ada lagi yang memarut sendiri kelapa untuk mendapatkan santan? Atau dapat terus dari kedai? Tetapi jika berkesempatan untuk memarut kelapa sendiri, cuba dengan memegangnya secara horizontal atau melintang. Lihat hasilnya!

5. Mengurangi rasa kuah yang masin.

Potatoes Beside Stainless Steel Cooking Pot

Korang boleh meletakkan satu kentang yang sudah dipotong-potong agak besar ke dalam kuah masakan yang sedang dimasak. Dijamin rasa masinnya akan berkurangan.

6. Memasak sayur peria yang pahit agar tetap sedap.

Image result for cara masak pare agar tidak pahit

Potong dan rendam peria dengan air selama 5-10 minit. Ambil dan perah peria beberapa kali sampai airnya keluar. Kemudian peria yang telah direndam diberi perahan limau nipis.

Cuba masak mesti tak terlalu pahit.

7. Membuat daging lebih empuk.

Image result for knife meat photography

Saat merebus daging, jangan lupa memasukkan nanas atau daun betik biar cepat empuk.

8. Menghilangkan bau hanyir ikan.

Sumber Gambar: joriskitchenrecipebook.blogspot.com

Siapa yang suka makan ikan jika masih ada bau hanyirkan? Apa yang perlu uols buat ialah dengan melumurkan air perahan limau nipis pada ikan yang nak dimasak.

9. Mengupas kulit halia.

Image result for cook with ginger root

Cara mudah untuk mengupas kulit halia adalah dengan menggunakan sudu dan bukannya pisau. Cuba lakukan terbukti memang mudah!

10. Mengurangi buih saat air/kuah mendidih.

Image result for boiling soup overflowing

Saat memasak air atau kuah dan tidak ingin buihnya melimpah, uols boleh mencuba meletakkan senduk kayu diatas periuk.

Semoga tips di atas berguna ye!