Cik Ju ni kalau bercakap pasal bercuti memang gila sikit, sebab Cik Ju suka sangat pergi bercuti, boleh OOTD, santai-santai, tenangkan fikiran, memang favourite Cik Ju taw.
Lagi-lagi kalau pergi dekat pulau ke, pantai ke, memang terbaik, Cik Ju suka sampai boleh menangis nanti! Over kan?
Well, ini tempat yang Cik Ju teringin sangat nak pergi, pulau berbentuk hati, berbunga-bunga kalau husband Cik Ju bawa datang ke sini,
So untuk korang yang baru berkahwin ke, boleh la jadikan pulau hati ni destinasi honeymoon korang, lain sikit kan dari orang lain?
Sebab normally orang akan pergi ke Pulau Maldives, Bali, Mabul, Santorini dan Boracay sebab ni antara syurga pulau yang menakjubkan dan sering dikunjungi pencinta pulau.
Tapi…bentuk hati yang sememangnya cukup sinonim dengan maksud cinta pasti akan membuatkan percutian di pulau berbentuk hati ini mampu membibitkan rasa kasih sayang yang tidak terhingga.
So ni ada beberapa idea untuk korang nak pergi ke pulau berbentuk hati, pastinya meninggalkan memori indah buat pasangan yang mahu menikmati percutian yang romantis dan istimewa.
1. Pulau Tupai di Bora Bora, French Polynesia
2. Pulau Harbor di Maine, USA
3. Pulau Galesnjak, Croatia
4. Pulau Blueberry di Quebec, Kanada
5. Pulau Tavarua, Fiji
6. Isla Corazon, Argentina
7. Pulau Honduras
8. Pulau Mogaedo, Korea Selatan
Selain pulau berbentuk hati, keindahan alam semula jadi seperti terumbu karang dan laguna berbentuk hati juga cukup menakjubkan.
9. Terumbu karang di Whitsundays, Queensland, Australia
10. Laguna Karawapop, Indonesia
Sudah ada idea mahu bawa pasangan korang bercuti ke mana selepas ini? Jangan lupa masukkan pulau berbentuk hati ini dalam senarai percutian anda bersama pasangan, memang romantis!