Ramai yang tahu telur antara makanan diet, namun tidak tahu cara untuk mempraktikkannya sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang berkesan.
But kalau korang mengikut peraturannya, korang memang mampu turunkan berat badan sampai 10kg dalam masa 2 minggu sahaja!
So mommies just kena tahu benda yang betul je, dan gunakan telur sebagai basic things untuk korang menjadi lebih kurus!
That means, tak perlu Cik Ju rasa untuk korang beli pil yang mahal-mahal sebab untuk kurus, bendanya dah memang ada dekat dapur korang kan? Tinggal tahu dengan tidak je caranya.
Pakar diet, Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk dimakan ketika sarapan kerana ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan.
Malah diet telur rebus ini juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan lebih cepat.
Paling penting, kalau korang mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan anda tidak akan meningkat secara mendadak.
Ini cadangan menu diet telur rebus sepanjang tempoh dua minggu:
Isnin
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
- Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengah hari: Sayuran hijau dan salad ayam
- Malam: Sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
- Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
- Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
- Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengah hari: Buah-buahan
- Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
- Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren)
- Tengahari: Salad ayam
- Malam: Buah-buahan
Namun sebelum korang ingin mengamalkan diet telur rebus ini ada beberapa perkara penting dan pantang-larang yang anda harus titikberatkan:
- Pastikan minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
- Wajib lakukan senaman setengah jam setiap pagi.
- Tidak mengambil makanan segera.
- Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan dan minuman.
- Jika takut kolesterol tinggi, buang telur kuning dan makan hanya telur putih.
Korang boleh baca artikel ni?
Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?
Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK
Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally