Kerja tidur je, bangun-bangun dapat RM100,000 terus pergi shopping! Seronok kan?

Untuk mommies dan ladies, bila korang penat membuat tugasan harian, mesti korang cuba cari me time untuk diri sendiri supaya boleh relax kan badan dan menenangkan fikiran sekejap, kan?

Kalau dapat tidur 10 minit pun jadilah, dah rasa macam nikmat syurga bila tidur dan relax tanpa gangguan.

Korang jangan risau mommies, CIk Ju rasa ni idea terbaik untuk korang dapatkan duit dengan cara jalan pintas, iaitu apply kerja ni.

Korang hanya perlu tidur sahaja dan kemudian korang akan dibayar RM100,000 untuk kerja tu. menarik kan!? Woww!!

Dalam satu iklan yang dikeluarkan baru-baru ini, syarikat pembekal kelengkapan rumah Hillarys daripada United Kingdom membuka jawatan baru sebagai ‘Sleep Executive‘ .

Bagaimanapun, menjawat ‘jawatan’ ini bukanlah bermakna anda hanya perlu tidur seperti yang biasa anda lakukan dan tidak membuat apa-apa kerja.

“Eksperimen ini akan mengkaji bagaimana cahaya dan bunyi boleh mengganggu tidur anda, jadi kami akan menguji dengan meletakkan calon di dalam keadaan tidur yang berbeza.

Para ‘pekerja’ ini juga akan dipakaikan alat pengawasan ketika mereka sedang tidur.

Ini adalah bagi menentukan bagaimana keadaan persekitaran yang berbeza seperti cahaya dan bunyi tadi memberi kesan kepada tidur mereka.

Bagaimanapun, untuk menjadi salah seorang ‘pekerja’ yang menyertai eksperimen itu, mereka yang berminat perlu mendaftar terlebih dalu.

Ha korang boleh la daftar dulu, kalau layak, kerja korang tak payah susah, tidur je dapat RM100,000. Korang tak nak?

Walaupun nampak mudah, tetapi mereka yang berminat perlu memberikan sebab kenapa mereka adalah orang yang tepat untuk jawatan tersebut.

 

Korang boleh baca artikel ni?

Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?

Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK

Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally