Okay buat mommies yang bekerja, Kak Jah tau korang suka simpan stok bahan basah untuk mudahkan kerja korang kan? Contohnya, simpan cili kisar, bawang kisar atau halia kisar supaya kalau balik kerja nak menumis masakan dinner tu, zassssiap. Cepat dan mudah.
Tapi, korang tau tak ada cara nak simpan dan kekalkan kesegaran bahan-bahan tumisan ni? Yelah.. Kita buat bahan tumisan ni awal-awal sebab nak mudahkan kerja. Kalau salah simpan, jadi rosak pulak, dah satu kerja pulak nak tumis baru. Sudahnya, korang order makanan segera je agaknya? Hehe.
Okay so meh sini Kak Jah share tips pastikan bahan-bahan macam ni tahan lama dan cepatkan kerja.
1. Stok bawang kisar
Stok bawang kisar ni korang kupas dan basuh bersih-bersih. Lepas basuh, simpan dalam bekas kedap udara yang bertutup. Bahagikan kepada dua bekas tau, satu untuk kegubnaan harian, satu lagi letak dekat tempat frozen. Senang nanti nak gunakan bila nak menggoreng okay?
2. Stok cili api
Stok cili api ni nak simpan senang je tapi ramai silap buat. Kalau Kak Jah, Kak Jah akan basuh cili api bersih-bersih dan buang tangkainya. Kemudian, letakkan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Then, letakkan beberapa ulas bawang putih untuk memastikan cili tu kekal segar dan tak cepat lembik.
3. Stok cili api kisar
Yang ni untuk cili api kisar pulak ya. So, basuh bersih-bersih dan kisar bersama sedikit garam. Garam ni untuk kekalkan kesegaran. Letakkan satu ulas bawang putih dalam bekas cili kisar tu untuk bagi dia tahan lama. Haa ni untuk korang masukkan dalam cili kicapp atau nak buat sambal tempoyak dengan mudah. Tak payahlah nak kisar-kisar lagi kan.
4. Kunyit, halia, lengkuas
Bersihkan kunyit, halia dan lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Kemudian, tukar air setiap dua minggu. Memang tahan lama!
5. Bunga kantan dan serai
Diorang-diorang ni korang kena basuh bersih-bersih dan letakkan dekat bahagian frozen tau. Haaa ramai tak tahu kan? Nak masak nanti, korang defrost jelah dan masak macam biasa.