Normal ke wanita ada halkum lebih besar dari lelaki?

Halkum besar lebih sinonim menunjukkan ciri fizikal orang lelaki. Halkum wanita pula pada kebiasaannya tidak jelas atau lebih kecil berbanding golongan lelaki.

Namun, adakah terdapat kemungkinan wanita juga boleh mempunyai halkum seperti lelaki? 

Bolehkah wanita mempunyai halkum besar seperti orang lelaki?

Ada sesetengah wanita mempunyai saiz halkum wanita yang besar disebabkan paras jumlah hormon testosteron yang tinggi dalam tubuh badan mereka.

Jika hormon testosteron atau hormon lelaki ini meningkat berbanding biasa, maka wanita akan mempunyai halkum wanita yang lebih besar selain beberapa ciri kelelakian lain termasuklah bulu badan.

Kenapa ada yang mempunyai halkum besar, ada pula yang mempunyai halkum kecil?

Ini disebabkan oleh saiz tulang rawan pada laring tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai saiz halkum besar, ia bermaksud mereka mempunyai tulang rawan yang lebih banyak berbanding individu dengan halkum yang kecil.

Suara mereka juga menjadi lebih dalam atau lebih garau.

Oleh sebab itu, wanita mempunyai suara yang lebih nyaring atau tidak garau berbanding kaum lelaki.

Saya wanita dengan halkum bersaiz besar, bolehkah saya mengubah saiz halkum menjadi lebih kecil?

Terdapat pilihan rawatan yang melibatkan pembedahan bagi mengubah saiz halkum anda.

Pembedahan ini boleh dilakukan bukan sahaja untuk mengecilkan saiz halkum, tetapi juga boleh digunakan untuk membesarkannya.

Uols mungkin perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melakukan pembedahan mengecilkan halkum.

Ini untuk memastikan uols mendapat maklumat atau info yang tepat dan mencukupi berkenaan manfaat dan risiko hasil daripada melakukan pembedahan tersebut.

Bagi pembedahan ini, ia mungkin mengambil masa sekitar beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya.

Perlukah saya berasa risau kerana mempunyai halkum yang besar?

Saiz halkum yang besar atau kecil tidak menjejaskan sedikit pun kesihatan anda.

Namun, bagi wanita yang mementingkan paras rupa kewanitaan mereka, halkum yang bersaiz ini mungkin boleh diibaratkan sebagai satu gangguan kepada imej mereka.

Ini kerana ia akan menyebabkan mereka kelihatan lebih “lelaki” berbanding wanita. Ia seterusnya menyebabkan mereka berasa malu atau tidak selesa dengan kewujudan halkum besar ini.

Jika anda benar-benar ingin mengubah saiz halkum tersebut kerana berasa malu, berjumpalah dengan doktor untuk berbincang berkenaan hal ini dengan lebih lanjut.

Sumber: Hellodoktor.com

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun